Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Jirisan' Tonjol Sisi Berbeza Jun Ji Hyun 

Drama mega terbaharu dari Korea Selatan ini memaparkan Jun ji Hyun sebagai renjer Taman Negara Jirisan.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 3:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama terbaharu dari Korea Selatan, 'Jirisan' telah pun menemui penonton hujung minggu lalu menerusi platfrom digital IQiyi dan saluran televisyen, TVN. 

Dibintangi ramai pelakon terkenal seperti Jun Ji Hyun (Gianna Jun), Ju Ji-Hoon, Sung Dong-il, Oh Jung-se dan Cho Han-cheul, drama ini telah diarahkan oleh Lee Eung Bok yang sebelum ini menghasilkan drama 'Descendants Of The Sun'.

Manakala penulis untuk drama bersiri 16 episod ini ialah Kim Eun Hee yang pernah menulis skrip untuk drama 'Kingdom' dan 'Signal'. Berdasarkan trek rekod cemerlang, Kim Eun Hee menjadi rebutan ramai penerbit dan stesen televisyen di negara itu.  

Jirisan merupakan sebuah drama bergenre thriller dan mengisahkan tentang kejadian misteri yang berlaku di Taman Negara Jirisan. 

Sewaktu sesi sidang media bersama para wartawan dari seluruh dunia, Jun Ji Hyun mendedahkan bahawa dia sangat berbesar hati dapat bekerja dua kali berturut-turut dengan penulis skrip yang sama. Sebelum ini Ji Hyun turut membintangi drama bersiri, Kingdom hasil tulisan Kim Eun Hee. Turut membintangi drama berkenaan ialah Jun Ji-Hoon.

“Setiap pelakon pasti berbesar hati dapat berlakon dua kali berturut-turut dengan penulis skrip yang hebat. Sebagai pelakon, bila saya baca skrip banyak benda yang saya perlu perhalusi. Saya dapat lihat kekuatan setiap perincian dalam skrip yang dihasilkan oleh Kim Eun Hee," jelas Jun Ji Hyun. 

Sementara itu Ju Ji Hoon pula memberitahu bahawa banyak babak mencabar dalam skrip yang dihasilkan untuk drama ini.

“Skrip tulisannya sangat terperinci. Saya perlu fokus setiap satu perkataan yang ditulisnya. Terdapat banyak cabaran dalam setiap babak. Sebelum mulakan penggambaran, dia membuatkannya kedengaran mudah, tetapi bila di set sebaliknya yang berlaku,” jelas Ju Ji-Hoon. 

Menurut Kim Eun Hee, pemilihan Jun Ji Hyun dan Ju Ji Hoon sebagai bintang utama drama ini adalah kerana kedua-duanya memiliki personaliti yang mempersona. 

Dalam drama ini, anda akan dapat melihat perbezaan penampilan Jun Ji Hyun yang sebelum ini sering tampil glamor dan elegan dalam drama lakonannya.

Kali ini Jun Ji Hyun melakonkan watak renjer hutan yang berpasangan dengan renjer junior (Ju Ji Hoon) yang merupakan graduan ketenteraan dan bekas leftenan yang menjadi renjer selepas mengalami insiden ngeri di Jirisan.

Mereka berdua akan menjalankan misi menyelamat serta merungkai segala misteri yang berlaku di pergunungan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung itu.  

Bercerita lanjut mengenai wataknya sebagai renjer hutan, Jun Ji Hyun mendedahkan bahawa ini adalah pengalaman baharu untuknya kerana tidak pernah melakonkan watak seperti ini. 

“Sewaktu sesi penggambaran, kami terpaksa berlakon di kawasan pergunungan. Saya tidak rasa penat atau kesejukan sebaliknya sangat gembira sepanjang proses penggambaran, “ kongsi Jun Ji Hyun.  

Jangan ketinggalan menonton drama hebat ini yang sudah bersiaran sebanyak dua episod di aplikasi IQiyi dan TVN. - GETARAN, 26 Oktober 2021.

Foto: IQiyi

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 1 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran