web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bade Ambil Alih Tugas Pengarah ‘Hati Yang Dikhianati’

Drama bersiri ‘Hati Yang Dikhianati’ kini kembali bersiaran selepas empat bulan berehat kerana PKP. Namun kerusi pengarah kini telah bertukar tangan kepada pengarah terkenal, Bade Hj. Azmi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 1:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lebih empat bulan direhatkan susulan perlaksanaan PKP 3.0, pihak Astro Prima kini  menyambung semula tayangan drama rantaian ‘Hati Yang Dikhianati’ atau ‘HYD’ yang bakal menemui penonton menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai petang ini. 

Naskhah adaptasi ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Sebelum direhatkan pada awal Jun lalu, drama ‘HYD’ sempat ditayangkan sehingga episod yang ke-40.

Pengarah terkenal, Bade Hj. Azmi telah diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai pengarah bagi menggantikan sutradara Riza Baharuddin sekali gus menyambung penggambaran drama ‘HYD’ yang tertangguh akibat PKP.

Bade Hj. Azmi. Gambar: CinemaOnline.com
Bade Hj. Azmi. Gambar: CinemaOnline.com

Penglibatan Riza selaku pengarah bermula episod pertama sehingga episod ke-35. Manakala Bade pula mengambil alih untuk meneruskan penggambaran bagi episod ke-36 dan seterusnya.

Drama ‘HYD’ mengetengahkan format interaktif ‘open-ended’ yang memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan drama tersebut. 

Jalan penceritaan dan pembinaan watak turut dipengaruhi oleh maklum balas penonton dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Wan, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam Noor serta ramai lagi.

Selain itu, pelakon popular Fendy Bakry juga turut dibawa masuk untuk menyertai barisan pelakon sedia ada bermula episod ke-41 dan seterusnya.

Drama ‘HYD’ berkisarkan kisah Iskandar, seorang abang yang bertanggungjawab dan sanggup mengorbankan pelajaran dan cita-citanya demi membesarkan adik-adiknya iaitu Syaz, Lisa dan Baby.

Walaupun sukar, Iskandar gigih bekerja bersama isterinya, Maria di syarikat pembinaan kecilnya. Dugaan mula menimpa keluarga ini apabila Lisa bertembung dengan seorang arkitek muda bernama Elyas dan cinta mula berputik.

Tanpa pengetahuan Lisa, Maria pernah berselingkuh dengan Elyas. Maria kini nekad untuk menghalang hubungan Lisa dan Elyas. - Getaran, 25 Oktober 2021

Gambar : Astro 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Ewah Berlenggok-Lenggok! Ezad Lazim, Salma Nyanyi Lagu Berentak Hindustan Pula

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reply 1988 Masih Trending Di Tahun 2022, Bukti Kdrama Ini Punya Impak Luar Biasa Kepada Penonton 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Asalnya Pelakon Ganti, Gandingan Aniq Suhair Dan Siti Khadijah Mantap, Capaian Lebih 3 Juta Tontonan Di TV3 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pertama Kali Galas Watak Hero Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali, Aniq Suhair Sangat Teruja 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN