web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ewah Berlenggok-Lenggok! Ezad Lazim, Salma Nyanyi Lagu Berentak Hindustan Pula

Betul-betul feeling!

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 8:00PM

‘Akira’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih. - Gambar PR

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dapat dinafikan kemerduan suara penyanyi Ezad Lazim dan Salma Asis saat mereka disatukan dalam single, 'Akira'. 

Lagu 'Akira' yang berentak Hindustan ini pula turut menjadi runut bunyi drama bersiri Akira Khan di slot Astro Mega Drama yang diadaptasi daripada karya Siti Rosmizah.

“Kekuatan lagu ini adalah lirik dan konsep sebab lagu ini ala-ala Hindustan. Keunikannya itu  jugalah yang berjaya membuka hati saya untuk setuju menyanyikannya.

“Cabaran terbesar adalah setarakan suara saya dan Ezad. Sejujurnya, pada saya suara Ezad sudah semula jadi merdu dan saya kena merdukan suara supaya nampak harmoni dan serasi dengannya.

“Saya tak boleh nyanyi macam saya lakukan selalu untuk lagu ini. Corak nyanyian saya perlu ikut gaya dan mesti kedengaran lenggok Hindustan itu,” katanya Salma.

Berpengalaman luas dalam bidang seni suara, Ezad pula mengakui penting untuknya mendalami isi penceritaan drama itu. Dia bahkan bertanya dengan pengarah Akira Khan iaitu Jamal Khan terlebih dahulu supaya dapat faham serta salurkan isi hati ke dalam lagu ini.

Salma - Gambar PR
Salma - Gambar PR

“Kebetulan saya sudah tahu mengenai drama ini ketika mereka masih dalam penggambaran. Saya sempat bertanya sinopsisnya pada Jamal dan saya amat tertarik.

“Saya tak sangka rezeki saya bila dipilih untuk menyanyikan lagu ini. Saya terus setuju kerana saya sudah dapat menggambarkan emosi lagu bila disatukan dengan jalan cerita drama ini,”katanya.

Ezad juga mengakui cabaran utama adalah untuk mengharmonikan gabungan antaranya dan Salma. Menurutnya, mereka diminta untuk menerapkan sedikit elemen nyanyian ala lagu Hindustan  dalam penghayatan mereka.

“Memandangkan kami berdua bukanlah penyanyi lagu Hindustan, sudah tentulah ia mengundang sedikit kesulitan. Namun, berkat perbincangan terperinci kami dibantu pula oleh tenaga produksi lain, inilah hasil terbaik dapat kami garapkan.

Ezad Lazim - Gambar PR
Ezad Lazim - Gambar PR

“Kekuatan lagu ini disokong dengan kekuatan drama itu. Runut bunyi sememangnya amat membantu membawa emosi sesuatu penceritaan sesebuah drama mahupun filem. Di situ, saya lihat ada kekuatan lagu ini diterima oleh mereka yang mendengar mahupun yang menonton drama Akira Khan ini,” katanya.

‘Akira’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. - Getaran, 16 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Adaptasi Dari Novel Terlaris, ‘Akira Khan’ Tampil Kisah Cinta Dua Budaya, Dua Negara Tentang Melayu-Pakistan

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Pertama Kali Buat Persembahan Di Langkawi, Ezad Lazim Tak Sabar Beraksi Di Hadapan Peminatnya Nanti 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reply 1988 Masih Trending Di Tahun 2022, Bukti Kdrama Ini Punya Impak Luar Biasa Kepada Penonton 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Asalnya Pelakon Ganti, Gandingan Aniq Suhair Dan Siti Khadijah Mantap, Capaian Lebih 3 Juta Tontonan Di TV3 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN