web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertama Kali Buat Persembahan Di Langkawi, Ezad Lazim Tak Sabar Beraksi Di Hadapan Peminatnya Nanti 

Ezad memberitahu, dia kini sedang membuat persiapan rapi termasuk sesi latihan bersama band iringan di bawah pimpinan Adzrin Azhar. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 5:00PM

Ezad Lazim - Gambar Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Ezad Lazim akui dia tidak sabar untuk membuat persembahan solonya di Langkawi pada hujung November ini. 

“Saya teruja kerana buat kali pertama sepanjang bergelar penyanyi solo, saya tidak pernah buat persembahan di sana. Malah, waktu bersama Exist juga tidak pernah. 

“Inilah kali pertama saya mendapat peluang ini. Sebab itu, saya rasa teruja lain macam. Saya nak tahu sangat macam mana sambutan dan keadaannya di sana nanti,” katanya kepada Getaran. 

Gambar Oleh Ellyna Ali
Gambar Oleh Ellyna Ali

Ezad yang juga adalah salah satu vokalis Exist bakal menjayakan mini konsert bertemakan ‘Jiwa dan Lagu Ezad Lazim’ anjuran New Dimension SVC Sdn Bhd di Aseania Resort and Spa di Langkawi pada 25 dan 26 November ini, jam 8.30 malam. 

Jelas Ezad lagi, dia kini sedang membuat persiapan rapi termasuk sesi latihan bersama band iringan di bawah pimpinan Adzrin Azhar. 

“Saya tidak pernah bekerjasama dengan mereka semua sebelum ini. Tapi, saya ingin juga beri peluang untuk pemuzik-pemuzik baharu ini mencuba. 

“Memandangkan mereka adalah pemuzik-pemuzik baharu, jadi pasti akan ada sesuatu yang segar yang mereka dapat berikan dalam repertoire persembahan saya ini. 

“Saya terbuka untuk melakukan sebarang pembaharuan. Cuma saya tidak mahu pembaharuan yang dilakukan itu nanti keterlaluan sehingga ia banyak mengubah komposisi asal lagu-lagu yang saya bawakan ini. 

“Sebab kita kena akui bahawa peminat-peminat lebih sukakan sesuatu yang dapat memberikan mereka nostalgia sewaktu membesar dengan lagu-lagu yang saya bawakan selama ini,” katanya. 

Gambar oleh Ellyna Ali
Gambar oleh Ellyna Ali

Ezad bagaimanapun berazam untuk memberikan persembahan yang terbaik sebagai kenangan kepada peminatnya khususnya di Utara Semenanjung.

"Apa yang menarik, pada kedua-dua malam itu, saya akan berduet dengan peminat yang juga penonton bertuah menerusi sebuah lagu.

"Bukan itu saja, pembeli-pembeli tiket akan berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa smartphones. 

“Selain itu, pemegang tiket VIP Gold akan berpeluang supper bersama saya dalam sesi Meet & Greet," kata Ezad pada sesi latihan semalam. 

Ezad juga mengakui lega apabila mini showcasenya di Langkawi ini tidak bertembung dengan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Awalnya, kami jangkakan PRU-15 akan diadakan pada tahun hadapan. Tiba-tiba pihak kerajaan umumkan ia dilangsungkan pada bulan November. 

“Mula-mula rasa berdebar juga. Tapi, bila sahaja tarikh PRU-15 diumumkan berlangsung pada 19 November ini, saya rasa lebih tenang nak buat persiapan dan persediaan mini showcase ini,” katanya. 

Gambar oleh Ellyna Ali
Gambar oleh Ellyna Ali

Ditanya tentang pandangannya terhadap rakan-rakannya dalam kumpulan Exist yang bakal menjayakan konsert Resolusi Exist pada 18 November ini, Ezad berkata, dia berharap konsert mereka akan sukses. 

“Konsert mereka diadakan sehari lebih awal daripada tarikh PRU-15. Saya tidak fikir ia akan memberikan apa-apa kesan. 

“Kecuali jika ada di antara peminat-peminat ini yang pulang mengundi di kampung halaman masing-masing,” katanya lagi. 

Tiket Mini Konsert Jiwa & Lagu Ezad Lazim  berharga RM279 (Gold), RM229 (Silver), RM199 (Bronze) dan RM179 (Standard). Sehingga kini 50 peratus tiket telah terjual dan ia masih boleh ditempah melalui talian 011-7027 0028

Apa yang menarik, pihak Aseania turut memberikan diskaun sebanyak 60 peratus ke atas harga tempahan bilik untuk mereka yang mahu datang menyaksikan konsert itu, selain diskaun 50 peratus untuk pakej Island Hopping sekitar Langkawi. – Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 10 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN