web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Reply 1988 Masih Trending Di Tahun 2022, Bukti Kdrama Ini Punya Impak Luar Biasa Kepada Penonton 

Jika anda menonton Reply 1988, anda pasti akan mengerti mengapa drama bersiri ini masih tetap bertahan di hati peminat. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 10:00PM

Drama bersiri ini mengetengahkan segala elemen berkaitan kejadian penting pada tahun 1988 khususnya Sukan Olimpik Musim Panas Seoul 1988. - Gambar Internet

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah tujuh tahun berlalu, namun drama bersiri 'Reply 1988' yang pernah mencetuskan fenomena sewaktu diterbitkan pada 2015 secara tiba-tiba menjadi trending lagi di media sosial, Twitter. 

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter @localrkyt memuatnaik ciapan yang berbunyi: “Kdrama yang anda tonton lebih daripada tiga kali”

Ciapan yang mendapat maklum balas yang begitu banyak dan ramai peminat yang kemudian teruja menamakan pelbagai Kdrama kegemaran mereka. 

Antaranya seperti 'Hotel De Luna', 'Goblin Legend Of The Blue Sea', 'Full House', 'Boys Over Flowers', 'Descendants of The Sun', 'Weightlifting Fairy', 'Autumn Of My Heart' dan 'Scarlet Heart'. 

Namun, siapa sangka bahawa dalam banyak-banyak Kdrama yang disebutkan itu, Reply 1988 yang dibintangi Lee Hye-ri, Park Bo-gum, Go Kyung-pyo, Ryu Jun-yeol dan Lee Dong-hwi ini masih menjadi pilihan drama yang ditonton lebih daripada tiga kali hingga ia menjadi trending di Twitter. 

Kenapa 'Reply 1988' arahan Shin Won-ho dan skrip oleh Lee Woo-jun ini masih menjadi pilihan peminat Kdrama? Mengapa tidak 'Reply 1994' atau 'Reply 1997', sedangkan drama bersiri ini juga turut menggunakan khidmat mereka sebagai pengarah dan penulis skrip? 

Jika anda menonton 'Reply 1988', anda pasti akan mengerti mengapa drama bersiri ini masih tetap bertahan di hati peminat sama ada yang membesar dalam generasi 80-an atau pun yang selepas itu termasuk generasi Z. Nak tahu sebabnya?  Baca artikel ini selanjutnya! 

Elemen Era 80-an Yang Cukup Dirasai 

Berlatar belakangkan era akhir 80-an memasuki era awal 90-an, drama bersiri ini mengetengahkan segala elemen berkaitan dengan kejadian-kejadian penting pada tahun 1988 khususnya mengenai Sukan Summer Olympic  Seoul 1988. 

Ia merupakan suatu sejarah kerana buat pertama kalinya Korea telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada acara sukan tahunan terbesar yang penuh berprestij itu. Bagi anda yang membesar pada tahun itu, pasti akan mengingati lagu 'Mentari Korea' nyanyian Raja Ema. Lagu itu adalah antara lagu tema Sukan Summer Olympic  Seoul 1988 yang dinyanyikan dalam tiga versi iaitu Korea, Inggeris dan Melayu. 

Bukan setakat itu sahaja, elemen dan getaran 1980-an turut dirasai menerusi trend fesyen pakaian, rambut, kasut, muzik, filem, budaya, cara hidup dan makanan yang ditampilkan di dalam drama bersiri. 

Gambar dari Internet
Gambar dari Internet

Bahkan, apa sahaja yang menjadi kegilaan remaja yang membesar pada era itu turut ditonjolkan sama termasuk menonton filem kegemaran melalui video VHS yang disewa, mendengar program ucapan dan permintaan lagu di radio, artis-artis dari dalam dan luar negara yang digemari, mendengar kaset menggunakan walkman, bermain game di pusat game, menulis diari, membalas surat berantai dan menghantar surat untuk meluahkan perasaan.  

Elemen kekeluargaan Dan Kejiranan Yang Kental 

'Reply 1988' menceritakan tentang kisah lima sahabat baik yang hidup dalam kejiranan yang sama di Ssangmung-dong, Dobong District di Utara Korea. 

Kelima-lima sahabat itu adalah Duk-seon (Lee Hye-ri), Jung-hwan (Ryu Jun-yeol), Sun-woo (Go Kyung-pyo), Choi Taek(Park Bo-gum) dan Dong-ryong (Lee Dong-hwi). Duk-seon adalah satu-satunya perempuan di kalangan sahabatnya. 

Gambar dari Internet
Gambar dari Internet

Disebabkan tinggal di kejiranan yang sama keluarga mereka juga rapat di antara satu-sama yang lain serta saling membantu apabila salah seorang ditimpa kesusahan atau kecelakaan. Mereka saling berkongsi masalah. 

Gambar dari Internet
Gambar dari Internet

Elemen kekeluargaan juga diterapkan dengan cukup baik di dalam drama bersiri. Keluarga Duk-seon misalnya, biarpun hidup susah, tapi tetap bahagia dengan cara mereka sendiri, keluarga Jung-hwan walaupun berada tapi tidak begitu mesra, keluarga Dong-ryong pula terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. 

Choi-Teak yang dibesarkan oleh bapanya setelah kematian ibunya sejak dari kecil mempunyai hubungan yang kekok dengan bapanya itu, manakala Sun-woo yang kematian bapanya seorang anak yang sangat patuh dan menyayangi ibunya walaupun mereka kekurangan serba-serbi. 

Elemen Cinta Terpendam 

Membesar di kejiranan yang sama sejak dari kecil pada era 80-an bukanlah suatu perkara yang mudah.  Apatah lagi bila wujud perasan cinta segi tiga dalam kalangan sahabat remaja ini. Choi-Taek dan Jung-hwan menyimpan perasaan terhadap Duk-seon tetapi terpaksa memendam perasaan kerana mereka tidak mahu lukakan hati antara satu sama lain. 

Gambar dari Internet
Gambar dari Internet

Sun-woo pula dalam diam-diam mencintai kakak Duk-seon yang jauh lebih tua daripadanya dan mereka juga terpaksa menjalinkan hubungan cinta secara rahsia kerana berkongsi nama keluarga yang sama.

Gambar dari Internet
Gambar dari Internet

Perasaan cinta yang dipendam itu juga adalah mereka lebih mengutamakan keluarga serta masih lagi menuntut di alam persekolahan dan pembelajaran lebih diutamakan.

Kehidupan Yang Sederhana 

Tiada telefon pintar, tiada media sosial, tiada internet dan tiada juga gajet-gajet canggih pada masa itu. Kehidupan lebih tenang dan sederhana. Mereka lebih mengutamakan nilai perhubungan sesama manusia serta nilai moraliti yang baik dalam kehidupan seharian berbanding hal-hal yang berbentuk materialistik. – Getaran, 25 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN