web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peminat Teruja Tonton 'Trailer' Pertama Filem 'The Batman'

Peminat filem adiwira DC, Batman, meluahkan rasa teruja selepas menonton 'trailer' pertama filem 'The Batman' yang dilancarkan di YouTube hari ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 1:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Batman sering mendapat perhatian pencinta filem adiwira di seluruh dunia. Biarpun watak Batman ataupun Bruce Wayne sering kali bertukar tangan, namun keterujaan untuk menyaksikan kesinambungan filem yang diangkat dari komik DC ini pastinya tetap ada.

Sejak actor kacak, Robert Pattison diumumkan sebagai penyarung topeng kelawar yang baharu, ramai peminat filem Batman seakan sukar menerima hakikat ini. Masakan tidak, wajah kacak Robert sudah sebati dengan filem cinta fantasi, Twilight. 

Namun keresahan anda itu mungkin akan sedikit berkurangan selepas menonton trailer pertama filem The Batman yang baru sahaja diluncur di saluran YouTube rasmi DC. 

Wajah Robert sebagai Bruce Wayne dijelmakan dengan riak penuh murung sekali gus memberikan petanda betapa kelam penceritaan filem ini. Namun apabila dia mengenakan topeng sut Batman, tampak kena sekali di wajahnya!

Kehadiran Zoe Kravitz yang membawakan watak Catwoman atau Selina Kyle juga dilihat memberikan nafas baharu terhadap watak yang sinonim dengan sifat sensual ini. 

Satu yang menarik perhatian tentunya watak The Penguin yang dibawakan dengan cemerlang oleh Collin Farrell. Seakan tidak percaya di sebalik wajah The Penguin itu adalah seorang aktor yang berwajah tampan. 

Watak The Riddler pula dibiarkan misteri. Dia hadir tanpa menampilkan wajahnya untuk trailer edisi pertama ini. Cukup sekadar memaparkan secawan kopi yang terukir simbol yang sinonim dengan wataknya iaitu tanda soal. 

Membaca reaksi di kalangan penonton dari seluruh dunia, rata-rata mereka terpegun dengan sinematografi serta lagu latar yang dimainkan dalam filem yang ditulis dan diarahkan oleh Matt Reeves ini.

Ini sekali gus memberi mereka harapan bahawa filem ini telah digarap dengan baik dan bukannya sekadar menjual wajah kacak Robert semata-mata. 

Nampaknya bukan Christopher Nolan sahaja yang bisa memberikan mood gelap dan murung untuk filem The Batman, Matt juga dilihat mampu membawa francais filem Batman ke satu aras yang lain. - Getaran, 17 Oktober 2021

Gambar: Twitter Matt Reeves, Discussing Film

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Macam Mana Nasi Lemak Boleh Selamatkan Sebuah Negara?

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Osman Ali Akui Awalnya Tidak Yakin Teruskan Projek ‘Telaga Suriram’

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

 ‘Jual’ Cameo, 'Mat Bond Malaya' Bawa Hiburan Ringan Tersendiri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN