Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


 ‘Jual’ Cameo, 'Mat Bond Malaya' Bawa Hiburan Ringan Tersendiri

Terlalu banyak elemen dan cameo cuba dipaparkan dalam filem komedi ejen perisikan 'Mat Bond Malaya', namun lakonan Naqiu sebagai Mat Bond cemerlang dan wajar dipuji.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 3:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas duduk di kerusi sutradara menerusi filem The Hantus pada 2018, pelawak terkenal, Nabil Ahmad sekali lagi tampil dengan karya terbaharu berjudul Mat Bond Malaya yang mempertaruhkan penyanyi Naqiu dan Elizabeth Tan sebagai bintang utama.

Kisah Mat Bond Malaya bermula apabila Nabil mendapatkan nasihat sutradara terkenal tanah air iaitu Aziz M. Osman, Ghaz Abu Bakar, Michael Ang serta Mamat Khalid untuk menghasilkan filem aksi.

Semua pengarah itu memberikan idea yang berbeza sehinggalah terhasilnya pelbagai jalan cerita yang direka menerusi imaginasi ‘mengarut’ mereka. Penonton dapat melihat aksi bersahaja insan hebat ini yang jarang dipamerkan di kaca televisyen mahupun layar lebar. Kesemua pengarah ini seolah-olah melakonkan watak mereka sendiri dengan dengan mempamerkan kononnya mahu menghasilkan filem dan bagaimana idea itu tercetus.

Idea Nabil menghasilkan filem dalam filem ini merupakan perkara baharu dalam Malaysia dan untuk lebih memahami naratifnya, penonton perlu setia mengikutinya dari awal hingga penghujung cerita. 

Sebagai asasnya, idea mereka bermula dengan seorang lelaki biasa bernama Mat lakonan Naqiu yang menjadi ejen perisik M6 tanpa dirancang. Mat mengenali Bondi (Elizabeth Tan) dan  mereka jatuh cinta.

Namun, penulis agak kecewa kerana idea risikan yang diterapkan dalam naskhah ini  sekadar temanya sahaja kerana hampir keseluruhan babak sarat dengan elemen komedi sehingga menenggelamkan subjek utama yang mahu diketengahkan. 

Dalam masa sama filem ini menyelitkan kehadiran zombi dan virus itu merebak ke seluruh isi bandar termasuk ejen M6. Ia idea yang menarik kerana tidak ubah seperti menonton filem zombi antarabangsa termasuklah The Walking Dead yang mana pelakon-pelakon itu berjaya merealisasikan karakter itu dengan jayanya. 

Cuma bagi penulis, solekan zombi kurang menarik kerana ratanya-ratanya hanya diletakkan lingkaran hitam pada mata serta memakai gigi palsu besar. 

Makin kecewa, apabila Elizabeth Tan yang melakonkan watak Bondi digantikan dengan pelakon tambahan lain ketika bertukar menjadi zombi. Kurang feel jadinya apabila menonton pelakon yang tidak dikenali tampil sebagai Bondi.

Selain itu, meskipun genrenya komedi,  paparan lawak dan 'punch line’ yang diberikan agak kurang menjadi dan hambar. Ia seperti dibuat-buat kerana banyak momen yang tidak perlu diselitkan.

Bagaimanapun, lakonan Naqiu yang buat julung kalinya menjayakan filem harus dipuji.  Juara Gegar Vaganza 2019 itu membuktikan dia mampu menguasai lakonananya dengan cemerlang bahkan boleh pergi jauh sekiranya diberi peluang. 

Malah, taruhan pengarah dan penerbit KMN Production untuk menjadikan Naqiu bintang utama filem hiburan ringan ini satu langkah yang bijak kerana hasilnya segar apabila adanya wajah baru berbakat besar. 

Elizabeth Tan pula, ini bukan kali pertama dia beraksi sebagai pelakon. Apa yang boleh penulis simpulkan, bakat lakonan Elizabeth semakin menyerlah dan bagus. Gandingan bersama Naqiul dilihat sebagai sesuatu yang baharu dan boleh diterima penonton. 

Selain Naqiu dan Elizabeth, filem ini mengetengahkan ramai bintang ternama sebagai cameo termasuklah Datuk Yusof Haslam, Syafiq Kyle, Han Byul, Ning Baizura dan ramai lagi!

Boleh dikatakan ini satu-satunya filem tempatan yang menampilkan ramai cameo. Pun begitu, mereka hanya muncul beberapa minit malah ada antaranya tanpa dialog. Mungkin ini salah satu strategi pemasaran penerbit untuk ‘menjual’ filem mereka.

Menyentuh jalan ceritanya, penulis agak 'tertekan' kerana terlalu banyak elemen 'disumbat' dalam karya ini sehingga ia jadi carca marba. Masakan tidak, tiba-tiba anda seperti sedang menonton cerita Hong Kong kerana ada elemen kung fu dan tidak lama kemudian diselitkan pula babak ala filem Tamil dan tarian Bollywood. 

Pun begitu, penulis harus puji pengakhiran cerita ini apabila Nabil menyelitkan elemen Islamik. Pengajaran dalam filem ini adalah sebesar mana pun masalah yang dihadapi, manusia perlu berbalik kepada landasan agama. 

Kesimpulannya filem ini sesuai ditonton jika anda mahukan hiburan ringan tanpa perlu berfikir secara mendalam. Malah sesuai ditonton seisi keluarga dan tidak mustahil ia kekal menjadi carta nombor satu filem Astro First.

Saksikan filem Mat Bond Malaya yang dibintangi Naqiu, Elizabeth Tan, Azri Iskandar, Riezman Khuzaimi, Farid Azmeir dan ramai lagi di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau strim di Astro Go dan On Demand. - Getaran, 17 Ogos 2021

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Elizabeth Tan Mahu Timang Anak Tahun Ini

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nabil Ahmad Ambil Iktibar Kisah Rumah Tangga Rakan Selebriti, Mula Bantu Isteri Agar Hidup Lebih Harmoni

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Hawa Rizwana Dilantik Sebagai Pengacara Baharu MeleTOP Menggantikan Tempat Neelofa

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Baru Sehari Tayangan, Abang Long Fadil 3 Sudah Berjaya Raih RM3 Juta 

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Muzik 9 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Selebriti 13 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar