web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Merungkai Misteri Cecil Hotel Di Netflix

Nama Cecil Hotel dan Elisa Lam tidak asing lagi bagi para peminat teori konspirasi. Dokumentari empat episod tentang hotel ini di Netflix mencuba merungkai misteri ini.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 1:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'The Vanishing at the Cecil Hotel' adalah siri Netflix yang meneroka kematian Elisa Lam selepas rakaman CCTV terakhirnya di Cecil Hotel menjadi viral. 

Dokumentari empat episod ini menceritakan tentang kehilangan Elisa Lam, seorang pelajar Kanada berusia 21 ketika dia bercuti di Downtown Los Angeles pada awal 2013.

Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya terjadi kepada Elisa Lam dan mengapakah beliau berkelakuan aneh sebelum menghilang. Kematian misteri Elisa Lam bukan sahaja membingungkan pihak berkuasa tetapi juga warganet. Adakah kematiannya disebabkan pembunuhan, bunuh diri atau kejadian paranormal?

Pada 19 Februari 2013, mayat Elisa Lam yang berada dalam keadaan telanjang dan kembung ditemui di dalam tangki air Hotel Cecil, Los Angeles tiga minggu selepas dilaporkan hilang. Menurut pihak koroner, kematian beliau dikategorikan sebagai mati lemas dan gangguan bipolar menjadi faktor penting dalam kes ini.

Tetapi kes ini tidak berakhir di sini. Walaupun sudah lama, kematian Elisa Lam masih mencetuskan kegilaan media dan teori konspirasi di alam maya selepas rakaman CCTV-nya  dikeluarkan oleh Jabatan Polis Los Angeles. 

Di dalam rakaman CCTV ini boleh dilihat dengan jelas bahawa wanita muda itu ialah Elisa Lam. Dia memakai seluar pendek dan jaket berwarna merah. Dia memasuki lif dan menekan setiap butang yang ada pada panel lif.

Selepas itu, dia mengintip ke arah luar lif, kemudian keluar lif sambil melambai tangannya, mundur kembali dan bersembunyi di sudut lif. Tingkah lakunya sangat pelik dan menyeramkan. Pada satu saat, dia kelihatan takut dan bingung ketika bercakap dengan seseorang, tidak jelas siapa atau apa di luar pandangan kamera CCTV.

Terdapat pelbagai teori yang muncul di media sosial. Ada yang mengatakan bahawa dia dikejar oleh seseorang dan ada yang mencadangkan bahawa dia mungkin berada di bawah pengaruh dadah. Walaupun tidak ada kesan dadah di dalam sistem badannya.

Apabila berita mengenai gangguan bipolarnya menjadi umum, ada yang berspekulasi bahawa dia mengalami episod psikotik. 

Salah satu teori menyeramkan yang ditujukan oleh peminat konspirasi adalah Elisa bermain ‘The Elevator Game.’ Ini merupakan permainan ritual yang dimainkan untuk memasuk ke dalam dimensi atau alam yang lain.

Walaupun teori ini jauh dari sudut pandangan mata kasar dan sains, ia membangkitkan ketakutan apabila konteksnya berkait rapat dengan tingkah laku Elisa. Spekulasi ini berlandaskan kenyataan bahawa Hotel Cecil merupakan ‘centre of evil’ kerana jumlah kes pembunuhan dan kes bunuh diri yang dikatakan berlaku di sini.

Tambahan pula, hotel ini pernah dihuni oleh pembunuh bersiri seperti Richard Ramirez, juga dikenal sebagai Night Stalker dan Jack Unterweger. 

“Tetamu yang berkunjung ke hotel ini selalu bertanya kepada saya ada atau tidak bilik yang tidak pernah ada orang meninggal atau dibunuh. Saya tidak pernah terbiasa dengan soalan itu,” kata Amy Price, pengurus Hotel Cecil.

Misteri lain yang terdapat di Hotel Cecil turut menjadi tumpuan siri dokumentari Netflix yang baru ini. Ini kerana, Hotel Cecil merupakan salah satu bangunan paling berhantu di Los Angeles lantaran jumlah kes kematian yang terjadi di sini.

Kesimpulannya, terdapat 3 perkara yang boleh disimpulkan tentang kes misteri ini. 

1. Hotel Cecil merupakan tempat kematian misteri yang lain.

2.  Elisa Lam dilihat berkelakuan aneh sebelum kehilangan dan kematiannya.

3. Punca kematian Elisa Lam yang masih menjadi tanda soal bagi orang ramai.

Walaupun kes ini ditutup secara rasmi, tetapi misterinya tetap menjadi bualan orang ramai seperti bagaimana Elisa Lam masuk ke bumbung yang berkunci dan panjat masuk ke dalam tangki air yang terletak di bumbung hotel ini. - Getaran, 23 Februari 2021

Semua gambar: Netflix Malaysia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

3

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

4

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

5

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

6

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad