web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Industri Seni Perlu Dijaga Orang Yang Peduli - Sofea Jane

Bagi memastikan industri seni kita lebih progresif, ia perlu dijaga oleh orang yang benar-benar peduli dengan nilai karya secara konsisten.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 1:51PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika industri filem negara jiran semakin rancak dan bergerak progresif, timbul persoalan di manakah hala tuju industri perfileman negara kita?

Namun begitu, belakangan ini, semakin ramai pengarah dan penerbit berani ke depan dan mempercayai naskhah yang mempunyai jalan cerita yang berbeza untuk ditawarkan kepada khalayak.

Bercakap lebih mengenai hasrat dan harapan terhadap industri seni negara, pelakon Datin Sofea Jane merasakan sebenarnya negara kita telah mempunyai karya bagus yang berani menyentuh budaya landskap sosial namun tidak konsisten. Bagi mengekalkan momentum ini, kita memerlukan individu yang benar-benar cakna terhadap industri perfileman negara untuk berada di tampuk kepimpinan.

“Sebagai pelakon, kita sentiasa mencari sesuatu di luar kotak iaitu naskah yang relevan terhadap budaya landskap sosial. Saya teruja bekerja dengan mereka yang tidak takut menghasilkan sebuah cerita yang relevan. Tidaklah nanti penonton kata mereka hanya tengok benda yang sama sahaja.

“Tak kiralah di pentas atau kaca televisyen, karya yang dihasilkan mestilah relevan dengan isu semasa. Bagi menjadikan industri kita lebih progresif, ia  haruslah dijaga oleh mereka yang betul-betul ambil kisah. Kalau tidak kisah, ia tak akan ke mana. 

“Saya dah tengok banyak karya yang bagus sama ada drama mahupun pementasan. Tapi ia tidak konsisten dan kemudian dilupakan. Kita kena konsisten dengan nilai untuk lebih progresif,” katanya ketika ditemui Getaran di majis sidang media drama I-Tanggang baru-baru ini. 

Selepas enam bulan berada di Australia, kini Sofea kembali ke tanah air dengan membintangi sebuah drama terbaharu terbitan Astro berjudul I-Tanggang. Dalam drama yang mengetengahkan isu penderitaan mental Sindrom Munchausen ini, Sofea membawa watak sebagai Doktor Tini. 

Sofea mengakui teruja melakonkan watak ini kerana walaupun sudah lama tidak muncul di layar skrin, cintanya terhadap bidang lakonan tidak pernah pudar.

“Saya bangga dapat tawaran berlakon walaupun baru pulang ke tanah air pada hujung tahun lalu. Bila sudah menginjak ke tahap umur yang tertentu, saya ingin berkolaborasi dengan syarikat produksi yang mempunyai naskhah relevan terhadap isu semasa.

I-Tanggang  keluar pada waktu yang tepat memandangkan kita sudah menghadapi pandemik ini selama dua tahun. Isu kesihatan mental menjadi sangat penting dan hangat diperkatakan. Saya rasa cerita ini akan menjadi revolusi naskhah drama pada masa depan. Ia juga menjadi salah satu sebab kenapa saya terus berlakon,” tambahnya.

Drama 12 episod arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak ini sudah pun mula menemui penonton semalam di saluran Astro Citra atau Astro Go, jam 9 malam. 

Selain Sofia, I-Tanggang turut dibintangi Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Faizal Hussein, Emma Sofia, Emelda Rosmila dan ramai lagi. - Getaran, 14 September 2021

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN