web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SOP Set Penggambaran Perlu Lebih Fleksibel - Penggiat Seni

SOP masa kini dikatakan agak ‘rigid’ dalam aspek kos dan penambahan tenaga kerja di lapangan dan banyak menyekat kebebasan penggambaran, terutama prasyarat Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggiat seni berharap agar pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat menggariskan prosedur operasi standard (SOP) di set pengambaran yang lebih fleksibel, dan tidak terlampau ‘rigid’ dengan kadar segera.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim berkata, SOP seumpama itu penting agar tidak berlaku aspek penambahan kos dan tenaga kerja yang membebankan, selain menyekat kebebasan berkarya.

“Kami percaya SOP yang bakal dihasilkan ini tidak sama dengan SOP yang sedia ada dan diguna pakai sebelum ini.

“Mengenai SOP masa kini, ia agak ‘rigid’ dalam aspek kos dan penambahan tenaga kerja di lapangan dan banyak menyekat kebebasan penggambaran, terutama prasyarat Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS),” katanya kepada Bernama.

Ahmad Ibrahim yang juga lebih dikenali sebagai Mat London berkata, kebenaran semula operasi penggambaran dapat menyemarak dan merancakkan kembali industri perfileman dengan momentum dan norma baharu, sekali gus memberi kelegaan kepada penggiat filem yang tertekan sejak sekian lama.

“FDAM berharap pelan pemulihan negara tidak mengetepikan sektor industri kreatif khususnya industri perfileman, agar ia lebih memberi pengertian dan membangun semula ke arah keceriaan dan berdaya maju," katanya.

Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran prosedur SOP Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif, termasuk penggambaran industri kreatif di dalam dan luar studio serta aktiviti panggung wayang, yang dibenarkan beroperasi semula bermula hari ini.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19, serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Sementara itu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) akan memastikan SOP di pawagam dilaksanakan selaras dengan SOP yang diguna pakai pengusaha pawagam di luar negara, dalam menjamin keselamatan sekali gus menambah keyakinan penonton untuk kembali menonton filem di premis terbabit.

MAFE dalam satu kenyataan menyatakan kebenaran masuk hanya diberikan untuk penonton yang telah divaksin sepenuhnya sahaja iaitu 14 hari selepas dos kedua, berserta  bukti sijil digital vaksinasi COVID-19.

Kenyataan itu menyatakan pengusaha pawagam juga akan memastikan hanya kakitangan yang telah divaksin sepenuhnya dibenarkan bertugas, selain mempertingkatkan pemakaian PPE petugas dengan pemakaian dua lapis pelitup muka dan pelindung muka.

Kenyataan MAFE itu juga menyatakan pembelian tiket wayang, serta makanan dan minuman juga akan dilaksanakan tanpa kontak.

“Dengan SOP yang dipertingkatkan ini, semua pawagam di Malaysia telah bersiap siaga dan bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan semula para penonton, yang mendambakan pengalaman menonton dalam suasana yang terlindung dan selamat,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun tinjauan Bernama di beberapa pusat membeli-belah di sekitar ibu negara hari ini mendapati, premis pawagam masih belum beroperasi.

Menurut jurucakap operator pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas, masing-masing masih menunggu SOP rasmi daripada MKN, sebelum memuktamadkan pelan dan garis masa untuk pembukaan semula. - Bernama

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN