Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Mencari Rahmat' Inspirasi Karya Oscar Wilde Ditayangkan Di MUBI 

Al Jafree Md Yusop paparkan realiti kehidupan manusia yang tidak pernah bebas dan terikat dengan persepi masyarakat dalam 'Mencari Rahmat'. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 4:17PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah tiga kali ditunda tayangan di pawagam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya filem Mencari Rahmat arahan Al Jafree Md Yusop yang diinspirasikan daripada karya Oscar Wilde, The Importance Of Being Earnest telah ditayangkan di platform MUBI sejak 31 Ogos lalu. 

Mencari Rahmat merupakan karya filem bebas Malaysia pertama arahan Al-Jafree yang diterbitkan syarikat produksi AB Roll Sdn Bhd serta menggabungkan ramai pelakon hebat tanah air seperti Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan dan Fuzi Eric. 

Namun, menghasilkan karya filem cereka pertama yang diangkat daripada sebuah naskhah pementasan komedi gelap agung Oscar Wilde ini juga boleh dianggap sebagai suatu tindakan yang cukup berani daripada Al Jafree. 

Al Jafree. Gambar: @ jafreeyusop
Al Jafree. Gambar: @ jafreeyusop

Al Jafree yang juga penulis skrip Mencari Rahmat berkata, memang ada kerisauan di hati apabila memikirkan penerimaan masyarakat terhadap karya sebegini. 

“Setahu saya, dulu memang banyak drama yang diangkat daripada pementasan. Pun begitu, filem masih belum ada dan kebanyakan drama sekarang juga sudah tidak mengangkat lagi naskhah daripada pementasan. 

“Mungkin saya memang degil orangnya dan selalu mahukan benda yang berisiko tinggi. Bahkan saya menghormati pengkarya dan pengarah yang sentiasa yang sentiasa mahu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.  

“Pengarah filem seperti Francis Ford Coppola dan Alejandro Gonzalez Inarritu sentiasa mencabar diri mereka. Pengarah adalah pemikir, justeru itu mereka perlu cabar diri  dan hanya orang-orang yang degil akan berbuat begitu. 

“Kalau kita tidak buat, bila lagi nak buat dan siapa lagi nak buat? Manalah tahu, selepas ini akan ada pengarah lain yang mahu mengangkat karya pentas kita untuk diadaptasikan ke filem pula? 

“Ia perkara yang sihat. Lagipun, sehingga kini, tidak ada lagi pembikin filem yang berani mengangkat karya sasterawan negara kita ke dalam bentuk filem,” katanya kepada portal Getaran. 

Keterujaan Al Jafree untuk mengangkat naskhah Oscar Wilde ini ke filem bagaimanapun bersebab dan ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.   

“Saya membaca naskhah The Importance Of Being Earnest ini sejak berusia 15 tahun. Ada satu benda yang cukup ketara menarik minat dan perhatian saya. 

“Oscar Wilde seolah-olah menyatakan bahawa manusia ini sebenarnya tak pernah bebas dan sentiasa dibelenggu dengan persepi masyarakat. Malah, manusia selalu memikirkan apa yang masyarakat fikir tentang mereka. 

“Masyarakat ibarat penjara. Bila kita hendak berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu, kita akan fikir tentang masyarakat. Ini kerana segala apa yang kita lakukannya sebenarnya bergantung kepada persepsi masyarakat, Bagi saya itu sesuatu yang menarik. 

“Itu yang cuba saya gambarkan dalam watak Rahmat yang dibawakan Namron dalam filem ini dan bagi saya subjek ini sangat relevan dengan masyarakat kita khususnya di Malaysia. Sebab itulah saya adaptasikan ia ke naskhah Melayu” katanya. 

Menurut Al Jafree lagi, suatu hal yang jelas mengapa subjek ini begitu dekat dan relevan dengan masyarakat adalah menerusi apa yang kita lihat di platform media sosial hari ini.

“Saya pernah jumpa orang yang sangat lantang bersuara di platform media sosial mereka tetapi di luar mereka sangat lembut percakapannya. Adakah di dalam media sosial mereka lebih bebas bersuara dan tidak berbuat begitu di luar disebabkan mereka bimbang dinilai oleh masyarakat?

“Perkara ini turut berlaku kepada saya dan orang sekeliling. Saya tidak kata benda ini adalah betul tetapi ia memang berlaku dan itulah premis kepada naskhah Mencari Rahmat,” katanya.

Menurut Al Jafree, sebelum memulakan penggambaran Mencari Rahmat, dia telah mengetengahkan dua filem sebagai rujukan kepada pengarah fotografi Md Noor Kassim dan kru produksi filem tersebut. 

Kedua-dua filem tersebut adalah Who’s Afraid of Virginia Woolf? karya Edward Blee yang diadaptasi ke filem dan diarahkan Mike Nichols serta Long Day’s Journey into Night karya Eugene O’Neill dan versi filem arahan Sidney Lumet. 

“Rujukan ini penting kerana saya mahu mereka faham hala tuju yang cuba saya bawakan dalam Mencari Rahmat. Untuk pelakon pula, latihan dry run selama sebulan telah dilakukan dan ketika di lokasi, latihan dibuat selama dua hari.

“Perkara ini perlu dilaksanakan kerana apabila pelakon bermain di pentas, projection mereka lebih besar kerana perlu bermain besar. Namun, apabila berlakon depan kamera, mereka tidak dapat berbuat demikian.

“Bagi mengelakkan mereka berasa kekok dengan gaya percakapan dan dialog panjang  yang diterapkan dalam filem ini, kita terpaksa lakukan latihan. Seperkara lagi kerana filem ini menggunakan dua kamera untuk single tracking short yang panjang. Kalau ada pelakon buat kesilapan, kita terpaksa ulang semula dari mula. 

“Penggunaan single tracking short ini disebabkan dialog-dialog dalam babak filem ini agak panjang dan kalau saya bikin Mancari Rahmat ikut cara biasa, bimbang ia akan mengganggu feel dan momentum setiap aktor.

“Sebab itulah, saya ambil pelakon yang mempunyai asas lakonan dalam teater untuk menjayakan filem ini,” katanya. 

Mengimbas sejarah pembikinan Mencari Rahmat, Al Jafree berkata, naskhah ini sebenarnya pernah dipentaskan di Actors Studio pada 2001. 

“Disebabkan ia adaptasi The Importance Of Being Earnest, hampir 90 peratus plotnya dikekalkan. Yang berbeza cuma nama watak, lokasi, dialog dan tafsirannya sahaja. Bila saya pindahkan Mencari Rahmat ke filem, ada penambahan dialog dilakukan ketika latihan. 

“Namun begitu, untuk memindahkan naskhah teater ini ke filem memang tidak mudah dan barisan pelakon turut mengakuinya. Malah, beberapa minit di awal filem ini, persembahan mereka nampak kekok tetapi tidak lama kemudian mereka sudah mula serasi dengan watak, dialog dan lakonan,” katanya. 

Mencari Rahmat mengisahkan tentang dua sahabat bujang, Razak dan Azman yang menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian daripada Roselina serta Ratna. Namun, pada masa sama mereka perlu mendepani tipu muslihat yang mereka cipta dan amarah Datin Azizah. - Getaran, 7 September 2021 

Gambar: MUBI


Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 15 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 11 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran