web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Filem Klasik Patriotik Anak Muda Wajib Tonton!

Walaupun zaman sudah berubah, generasi hari ini masih boleh menghayati perjuangan perajurit menuntut kemerdekaan menerusi filem.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 5:33PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai generasi yang lahir dalam era milenium, pasti sukar untuk memahami bagaimana keadaan para pejuang kita menuntut kemerdekaan negara. Buku teks sejarah tidak mungkin dapat menceritakan secara terperinci apa yang dilalui mereka. Kita patut berterima kasih kepada penggiat seni, pengarah dan juga syarikat produksi yang merakam semula era perjuangan itu untuk tayangan layar lebar. 

Kini, walaupun zaman sudah berubah, generasi hari ini masih boleh memahami serta menghayati bagaimana dahsyatnya keadaan Tanah Melayu sebelum merdeka dahulu. Sempena bulan kemerdekaan ini, kami di Getaran ini mengajak anak muda untuk menonton lima filem klasik patriotik berikut.

Sarjan Hassan

Merupakan filem perang terawal yang dihasilkan di Tanah Melayu kemudian ditayangkan pada 28 Ogos 1958. Ia mengisahkan tentang Hassan lakonan P. Ramlee yang hidup sebatang kara dan dibuli sejak kecil. Suatu hari, Aziz menyertai  Rejimen Askar Melayu. Hassan ingin berbuat demikian namun hasratnya itu dihalang oleh bapa angkatnya yang mahu beliau menjaga sawah. Hassan diejek dan dituduh penakut kerana tidak mengikut jejak langkah Aziz. Dia kemudian melarikan diri dan membuktikan dirinya sebagai askar terbaik sehingga mendapat gelaran sarjan. 

Menerusi filem yang mencecah kos RM700,000 ini, penonton bakal dihidangkan dengan keadaan perang di antara Tanah Melayu dan tentera Jepun. Juga insiden tembak-menembak dan letupan. Semasa melakonkan filem ini, P Ramlee cedera apabila sebuah bom meletup dari jarak enam kaki.

Leftenan Adnan

Filem arahan Aziz M Osman ini menceritakan biografi kepimpinan askar Melayu, Leftenan Adnan Saidi. Beliau menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja pada usia 18 tahun serta merupakan askar terbaik di dalam unitnya. 

Filem yang menelan belanja RM2.5 juta ini berjaya membongkar pemikiran Leftenan Adnan yang bijak apabila beliau berjaya mengesan taktik tentera Jepun yang menyamar menjadi tentera India. Sepanjang pertempuran dengan Jepun, Adnan berkali-kali cedera parah seperti terkena serpihan mortar dan patah tangan namun masih tetap meneruskan perjuangan.

Bukit Kepong

Merupakan filem sejarah penting menceritakan perjuangan anggota polis mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 daripada serangan komunis. Diterbitkan pada 1981, karya hebat itu melibatkan 150 anggota polis dan menjadi filem kebanggan Polis Diraja Malaysia. Walaupun diserang pengganas komunis, anggota polis yang bertugas di balai itu tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara. 

Filem yang menelan belanja sejuta ringgit itu membabitkan babak letupan, tembak menembak juga aksi pertempuran yang berlaku dalam hutan. Filem ini juga sudah ditayangkan kembali di laman penstriman Netflix.

Darah Satria

Filem arahan Allahyarham Aziz Satar yang diterbitkan pada 1983 ini mengisahkan tentang Leftenan Muda Ariff yang sering terlibat dalam operasi memburu pengganas komunis di hutan belantara. 

Meski sibuk dengan pelbagai misi, Ariff berpeluang pulang ke kampung untuk menjenguk orang tuanya dan mendirikan rumah tangga dengan Rafidah. Berikutan jarang berada di rumah, Rafidah ditinggalkan bersama ibu bapanya. 

Dua anggota tentera dibawah bimbingan Ariff iaitu Badol dan Iskandar sering menimbulkan masalah. Iskandar terkorban dalam satu pertempuran manakala Badol pula cuai terpijak jerangkap samar. Demi menyelamatkan Badol, Ariff cedera parah dan mengalami kecacatan kekal. 

Prebet Lapok

Juga diarahkan oleh Allahyarham Aziz Satar, filem ini mengisahkan tentang pemuda nakal Badul Lapok, lakonan A.R Badul yang suka menyakat anak dara di kampung. Dia kemudian menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson. Siapa sangka, walaupun seorang yang nakal, Badul menjadi sangat berani bila menjayakan misi bertempur dengan komunis. Perjuangan Badul dan rakan pasukannya bukan mudah apabila berdepan dengan pelbagai mara bahaya. 

Melalui senarai filem yang dicadangkan ini, diharap ia akan dapat menyemarakkan perasaan cinta terhadap tanah air. Nenek moyang kita sudah melakukan banyak pengorbanan demi kemerdekaan negara, apa pula jasa dan bakti yang boleh kita berikan kepada Malaysia? Tepuk dada tanya selera. 

Sumber foto: IMDb

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN