web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 Floor 88 Jadi ‘Superhero’ Dalam 'Hutang 2D'

Gabungan elemen komikal dan 'webtoon' serta tablet yang berupaya menjelmakan watak dilukis ke alam nyata suntik kelainan dalam filem ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas popular dengan lagu Hutang dan mendominasi carta radio serta televisyen tempatan pada 2019, Floor 88 kini menzahirkan karya itu ke versi filem berjudul Hutang 2D.

Sudah semestinya ia amat dinanti-nantikan peminat apatah lagi semua ahli band itu iaitu Ayie Elham, Eric Fuzi, Akram K, Falique Ghazali, Zai Hamzah dan Amirul Afeeq beraksi dalam filem tersebut. 

Ini bukan kali pertama Floor 88 menterjemahkan nyanyian mereka ke dalam bentuk lakonan. Sebelum ini, mereka pernah mempamerkan bakat masing-masing menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku pada 2018 dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra. 

Hutang 2D yang turut dibintangi Baby Shima, Opie, Black Hanifah, Altimet, Fauziah Ahmad Daud, Wafil Ilhan dan Coki menampilkan Ayie sebagai ‘budak flat’ yang ‘low profile’. Dia berbakat melukis komik manakala bapanya pula kaki hutang. 

Permulaan jalan cerita ini agak menarik apabila Ayie bersemangat untuk mengembangkan bakat lukisannya ke dalam webtoon selepas menerima tablet pemberian ‘mambang’ yang muncul ketika dia sedang susah hati.

Ceritanya mula berkembang apabila setiap watak yang dilukis tiba-tiba muncul di alam nyata. Lebih menari, setiap watak itu punya kuasa luar biasa.  

Bagi penulis, idea cerita ini jarang diketengahkan dalam mana-mana filem di Malaysia dan ia sedikit sebanyak memandu penonton untuk berimaginasi seketika. Gabungan elemen komikal dan webtoon membuatkan filem ini seolah-olah diberi suntikan yang lebih segar. 

Cuma elemen CGI (imej janaan komputer) yang digunakan untuk menggambarkan kuasa setiap watak lakonan anggota Floor 88 nampak tidak konsisten kerana ia hanya muncul pada permulaan sahaja, selepas itu ia seakan tidak wujud. 

Jalan cerita Hutang 2D boleh dikatakan menarik, cuma mungkin elemen komedi terutama babak ‘punch line’ dalam filem ini agak berlebihan dan panjang sehingga penulis rasa ‘muak’. Bahkan lawak ‘punch line’ ini bagi penulis kurang sesuai digunakan dalam filem.

Pun begitu, lakonan Ayie sebagai teraju utama harus dipuji. Meskipun bermula sebagai penyanyi, percubaan Ayie untuk bergelar pelakon menjadi malah dia bijak bermain dengan emosi dan berjaya menjentik hati penonton dengan lakonan bersahaja. Jika diberi lebih peluang, penulis percaya Ayie boleh pergi jauh dalam bidang ini. 

Berbeza pula dengan rakan-rakannya, bagi penulis banyak lagi yang mereka perlu belajar kecuali Eric. Seperti yang kita sedia maklum, Eric berlakon sejak kecil. Jadi, tiada masalah baginya menjiwai watak. 

Malah, kali ini Eric melebarkan lagi bakatnya apabila diberi kepercayaan mengarah Hutang 2D bersama Irwan Rauf. Ini mungkin satu permulaan yang baik untuk Eric dalam dunia  pengarahan.

Selain itu, Hutang 2D turut menampilkan Black Hanifah sebagai gangster. Black nampaknya selesa dengan watak itu malah dia berjaya buat penulis rasa benci dengan karakternya tetapi pada masa sama terhibur melihat gelagatnya.

Hutang 2D juga membariskan cameo yang bukan calang-calang iaitu Fauziah Ahmad Daud. Meskipun watak kecil, kehadiran primadona hebat ini memberikan impak yang besar dan berjaya menghidupkan emosi yang berbeza auranya. 

Begitu juga dengan kemunculan penyanyi rap Altimet. Meskipun dikenali sebagai penyanyi, keberadaannya di permulaan dan akhir cerita pasti membuatkan penonton teruja. Dialog yang dilontarkannya kepada Ayie cukup meninggalkan kesan. Malah, ia turut memberi inspirasi yang positif kepada penonton terutama yang sedang diuji tatkala pandemik ini. 

Turut mendapat perhatian Wafiy Ilhan yang cukup popular dengan pelbagai program kanak-kanak. 

Kesimpulannya, Hutang 2D sesuai ditonton seisi keluarga sebagai hiburan ringan dan santai. Meskipun menyampaikan mesej betapa bahayanya berhutang, ianya disajikan secara bersahaja.

Secara ringkas, Hutang 2D mengisahkan Ayie (Ayie Floor 88), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan tetapi pengecut. Hubungan Ayie dan bapanya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakatnya sering diperlekehkan. Sikap Pak Ajie membuatkan Ayie berasa sedih dan kurang yakin diri. Disebabkan sikapnya itu juga, Ayie terpaksa memendam perasaan terhadap jirannya, Shima (Baby Shima). 

Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu dua gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie lari menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) yang menghadiahkan sebuah tablet ajaib. 

Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya. 

Saksikan filem terbitan Arie Zaharie Production bersama Knack Knack Studios ini di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ia sudah menemui penonton sejak  5 Ogos lalu. - Getaran, 24 Ogos 2021

Semua gambar: Astro dan Instagram @floor88band

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN