web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 Sasar RM60 Juta Nilai Dagangan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2024 5:49PM

Satu memorandum persefahaman turut ditandatangani oleh JMM Holding dan MGCC pada majlis perasmian yang berlangsung semalam

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 menyasarkan nilai transaksi mencecah 60 juta ringgit sepanjang tiga hari penganjurannya.

Ekspo yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China itu kini sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga esok.

Penganjuran ekspo ini menandakan satu pencapaian penting bagi hubungan perdagangan Malaysia yang semakin meningkat dengan China. 

Dengan lebih daripada 200 jenama terkemuka dari China dan tempatan mempamerkan produk mereka, ekspo ini dijangka mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala dan memperluaskan peluang perniagaan di seluruh ASEAN. 

Pengarah Urusan JMM Holding dan JMM Exhibition yang merupakan penganjur ekspo, Albert Chan dalam ucapan perasmiannya berkata, ekspo ini telah mencuri perhatian pempamer dari China dan Malaysia yang merangkumi pelbagai industri daripada solusi tenaga baharu, teknologi pintar, fesyen sehinggalah ke produk gaya hidup dan inovasi pintar rumah.

“Inisiatif ini mencerminkan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara dan menandakan peluang kerjasama yang lebih besar dalam bulan dan tahun mendatang.

“Ini bukanlah sekadar acara untuk mempamerkan produk, tetapi merupakan sebuah platform transformasi di mana perniagaan boleh berhubung, pengguna mendapat manfaat dan juga penyemaian benih untuk pertumbuhan masa depan,” ujarnya.

Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif JMM Holding, Im Yoke Foon, Pengasas JMM Holding, Ellison Yang Yi Ming, ADUN Temiang, Negeri Sembilan, Ng Chin Tsai, Pengarah Urusan JMM Holding, Albert Chan Yunn Horng, Presiden  Malaysia Guangdong Chamber of Commerce, Datuk Tang Zhi Nian, dan Pengarah Bukan Eksekutif JMM Holding Ooi Yih Shann
Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif JMM Holding, Im Yoke Foon, Pengasas JMM Holding, Ellison Yang Yi Ming, ADUN Temiang, Negeri Sembilan, Ng Chin Tsai, Pengarah Urusan JMM Holding, Albert Chan Yunn Horng, Presiden  Malaysia Guangdong Chamber of Commerce, Datuk Tang Zhi Nian, dan Pengarah Bukan Eksekutif JMM Holding Ooi Yih Shann

Tambah beliau, penglibatan 80 peratus pempamer dari China dan 20 peratus peserta Malaysia jelas menunjukkan minat dan keyakinan yang kuat daripada syarikat-syarikat China dalam memanfaatkan Malaysia sebagai laluan masuk strategik ke ASEAN. 

“Kehadiran delegasi perniagaan antarabangsa dari China dan Pakistan turut menguatkan lagi kepentingan ekspo sulung ini, sekaligus mengetengahkan peranan penting Malaysia sebagai hab berbilang budaya dan bahasa untuk perdagangan serantau di seluruh ASEAN,” katanya.

Acara ini juga bertepatan dengan pengumuman terkini China mengenai pelanjutan polisi pengecualian visa selama 30 hari untuk warganegara Malaysia, yang dijangka dapat meningkatkan lagi kerjasama merentas sempadan.

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 dianjurkan bersama oleh Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) dengan sokongan beberapa organisasi terkemuka, termasuk Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). 

Untuk maklumat terkini mengenai Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024, sila nantikan di laman sesawang www.jmmexhibition.com.my - Getaran, 30 November 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?