web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 5:49PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MoT) tidak mempunyai sebarang halangan jika MMC Corp Bhd berhasrat menjual 49 peratus kepentingannya dalam MMC Port Holdings Bhd (MMC Port), termasuk kepada syarikat asing, namun perkara berkaitan konsesi dan status pemilikan aset utama negara perlu diteliti.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun aspek berkaitan penjualan pegangan saham berkenaan adalah keputusan korporat, sebarang perubahan terbabit perlu dimaklumkan kepada kementerian, selain mematuhi dasar kerajaan yang menetapkan bahawa 51 peratus aset utama negara dipegang oleh syarikat tempatan.

"Saya tidak dimaklumkan lagi berkenaan hal itu (rancangan MMC untuk menjual pegangan saham) tetapi sekiranya ini melibatkan konsesi, sebarang perubahan pemilikan perlu dimaklumkan kepada MoT.

"Penglibatan syarikat asing dalam sektor pelabuhan juga bukanlah sesuatu yang baharu...sebagai contoh, 30 peratus pegangan PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd) dimiliki oleh Maersk-Line," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran stesen pengecasan kenderaan elektrik Evlution bersama Mastercard dan RHB Bank Bhd di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan syarikat pelaburan berpangkalan di New York, Global Infrastructure Partners (GIP) menangguhkan rancangan pembelian sehingga 49 peratus kepentingan dalam MMC Port yang juga unit perniagaan konglomerat pelabuhan MMC Corp Bhd di bawah kawalan tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Syed Mokhtar dilaporkan memohon penilaian bernilai RM15 bilion hingga RM20 bilion bagi syarikat itu yang akan menjadikannya sebagai urus niaga terbesar berkaitan pelabuhan di negara ini.

Sementara itu, majlis hari ini adalah inisiatif awal EVlution untuk menyediakan 2,000 unit stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025, memudahkan akses pengguna kenderaan elektrik untuk mengecas kenderaan mereka di lokasi-lokasi strategik seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Evlution, Jeffrey On berkata, syarikat itu telah menetapkan sasaran tinggi bagi pemasangan 100 stesen pengecas EV di kawasan-kawasan metropolitan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor.

"Kami sedang dalam proses penawaran bagi program Solar Berskala Besar (LSS) rundingan kelima tahun ini untuk mengukuhkan lagi komitmen terhadap penyelesaian tenaga lestari bagi masa depan lebih cerah," katanya.

EVlution juga setakat ini adalah satu-satunya Pengendali Titik Pengecasan (CPO) di Malaysia yang menyediakan sistem pembayaran tergabung bagi membolehkan pengguna membayar pengecasan EV melalui aplikasi mudah alih EVlution atau menggunakan kad fizikal.

"Melalui kerjasama strategik dengan RHB dan Mastercard, EVlution memperkenalkan platform pembayaran terkini yang memudahkan transaksi dan memajukan penyelesaian mobiliti lestari," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 4 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang