web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Beri Jaminan Pelabur Jepun Malaysia Ada Dasar Jelas Untuk Pacu Pertumbuhan Kukuh

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 9:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur Jepun bahawa walaupun kerajaan Madani hanya baru berusia setahun, ia stabil, dengan dasar yang sangat jelas untuk memacu pertumbuhan Malaysia. 

Beliau berkata demikian pada persidangan meja bulat dengan ketua-ketua industri di Tokyo, selepas sesi pertemuan bersemuka dengan tiga syarikat utama Jepun.

"Kami telah memikirkan cara bagaimana untuk menangani peralihan tenaga, termasuk tenaga boleh baharu di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu yang menggariskan apa yang ingin kami capai dan misi kami," katanya.

Anwar berkata Malaysia juga sedang menumpukan kepada transformasi digital.

"Saya di sini untuk mendengar pandangan anda, tentang perkara yang perlu dilakukan untuk memudahkan atau mempercepatkan proses libat urus dan pelaburan," katanya.

Anwar, yang sedang dalam rangka lawatan selama lima hari ke Jepun berkata beliau kagum dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Malaysia semasa sesi persidangan meja bulat itu yang disertai 25 syarikat.  

Antara peserta yang menyertainya termasuklah Masaya Hasegawa, pengasas Shinzen Energy; Kunio Yamada, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Rohto Pharmaceutical; Hidehiro Yokoo, pegawai eksekutif kanan Denso Corporation; Takeshi Saito, presiden  ENEOS Holdings dan Nobuhiko Murakami, pengerusi Toyota Tsusho Corporation.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan eksekutif kanan tiga syarikat multinasional utama Jepun iaitu ROHM WAKO Co. Ltd, yang diketuai pengerusinya Datuk Yoshioka Yosuke; NEC Co. Ltd oleh naib presiden kanan Matsuki Toshiya dan Mitsui & Co oleh presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Kenichi Hori.

Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

Semasa pertemuan itu, beliau memberi jaminan kepada para peserta bahawa masih ada banyak peluang yang tersedia bagi pelabur Jepun di Malaysia.

Sementara itu, Tengku Zafrul, dalam ucapan perasmiannya semasa persidangan meja bulat berkata acara tersebut menekankan komitmen Malaysia untuk meletakkan asas yang lebih kukuh bagi hubungan ekonomi dan dua hala pada masa depan.

Beliau juga memaklumkan mengenai penubuhan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) yang memulakan operasinya pada 1 Dis lepas sebagai pusat sehenti untuk pelabur menjalankan perniagaan di Malaysia.

Sementara itu, Anwar berterima kasih kepada Persatuan Ekonomi Jepun Malaysia (JAMECA) Malaysia kerana membantu mengatur mesyuarat dan sesi persidangan meja bulat hari ini yang memberi peluang kepada ketua-ketua industri Jepun untuk berinteraksi secara langsung dengan beliau.

Jepun telah menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015. 

Pada 2022, perdagangan Malaysia dengan Jepun bernilai RM181.51 bilion (US$41.21 bilion) atau 6.4 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan negara. 
Setakat Jun 2023, sejumlah 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (AS$27.43 bilion). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

3

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?