Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


CelcomDigi Mulakan Program Integrasi, Modenkan Rangkaian Terbesar 4G

Ekonomi Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 4:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - CelcomDigi Bhd secara rasminya memulakan program berskala penuhnya untuk membina rangkaian digital masa hadapan dengan evolusi jangka panjang (LTE) dan teknologi sedia 5G terkini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Idham Nawawi berkata program itu termasuk projek pelancaran rangkaian terbesar di negara ini melibatkan sejumlah 18,000 tapak, berikutan kejayaan penggabungan Celcom dan Digi pada Disember 2022.

Beliau berkata rangkaian bersepadu dan moden baharu itu membuka manfaat dan kekuatan penggabungan antara Celcom dan Digi.

“Kami gembira untuk memulakan projek ini bagi negara, untuk membina rangkaian digital yang paling besar dan moden dengan menggunakan teknologi telekomunikasi mudah alih yang terkini. Kami telah berjaya melancarkan  projek rintis di lima kluster baru-baru ini, iaitu di Sitiawan, Rawang, Bercham, Port Dickson dan Kuantan, dan kami berbesar hati melaporkan bahawa usaha naik taraf berkenaan telah diuruskan tanpa sebarang gangguan terhadap pengalaman pelanggan,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini. 

Menurut Idham, rangkaian baharu ini juga direka bentuk agar mampu beralih secara lancar ke rangkaian 5G baharu, dengan tapak yang dinaik taraf dan pengembangan kapasiti akan menjadikan enjin rangkaian lebih pantas dan cekap, dengan keupayaan dipertingkatkan untuk menyampaikan daya pemprosesan yang lebih tinggi.

“Ini merupakan satu perkembangan penting untuk CelcomDigi dan negara, dan kami amat gembira untuk menjadi peneraju yang merealisasikan potensi masa depan digital kita yang dikongsi bersama.

“Apabila siap kelak, rangkaian masa depan tersebut akan menawarkan pelanggan mutu pengalaman yang jelas dipertingkatkan hampir di mana-mana sahaja di seluruh negara, dengan meningkatkan capaian daripada 96 peratus kepada 98 peratus rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya.

Idham berkata mengikut laporan kewangan suku pertama 2023, syarikat itu merancang untuk melabur semula 15 peratus ke 18 peratus daripada jumlah hasil dalam perbelanjaan modal (capex) bagi menyokong kedua-dua rangkaian sedia ada serta rangkaian bersepadu dan dipermoden yang baharu tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai rancangan CelcomDigi untuk pelaksanaan rangkaian 5G, Idham menyatakan bahawa syarikat itu secara aktif mengambil bahagian dalam perbincangan dengan kerajaan dan pemain industri berkaitan berikutan keputusan kerajaan mengenai model dwi-rangkaian untuk 5G.

"Terpulang kepada kerajaan kemudiannya untuk memutuskan dengan proses penubuhan pihak mana yang terlibat dalam entiti A dan entiti B untuk penggunaan 5G. Sementara itu, kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan sepanjang proses itu.

"Kami mengharapkan peluang untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam keseluruhan pembangunan 5G di Malaysia ini. Kami mempunyai sumber, infrastruktur sedia ada dan akses kepada pasaran yang boleh kami kumpulkan untuk manfaat negara," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu