web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyelesaian Persaraan Fleksibel Maybank Capai AUM Lebih RM375 Juta

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 12:35PM

Ahmed Muzni Mohamed berkata Maybank telah menawarkan beberapa produk untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan dan melabur secara lebih baik untuk persaraan mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga produk di bawah Penyelesaian Persaraan Fleksibel Maybank atau Maybank Flexible Retirement Solution (MFRS) mencapai aset di bawah pengurusan (AUM) melepasi RM375 juta sehingga 31 Mac 2023, kata Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmed Muzni Mohamed berkata Maybank Global Wealth Growth-I Fund mencatat AUM bernilai RM82.85 juta, Maybank Global Wealth Moderate-I Fund sebanyak RM180.53 juta, manakala Maybank Global Wealth Conservative-I Fund berjumlah RM111.37 juta.

Menurutnya jumlah saiz dana bagi Global Wealth Moderate-I Fund dan Maybank Global Wealth Growth-I Fund mencapai lebih RM260 juta sehingga akhir Disember 2022.

“Berdasarkan data berkenaan, kesemua dana telah mencatatkan kadar pengambilan yang positif dengan Maybank Global Wealth Moderate-I Fund telah mendahului,” katanya kepada Bernama sambil memaklumkan Maybank Asset Management Group turut menyasarkan mengakhiri tahun ini dengan AUM bernilai RM35.8 bilion.

Beliau berkata Maybank telah menawarkan beberapa produk untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan dan melabur secara lebih baik untuk persaraan mereka.

Sehubungan itu, mereka mempunyai pilihan untuk memilih dana yang ditawarkan di bawah MFRS yang bersesuaian dengan matlamat keperluan dan persaraan masing-masing, katanya.

Ahmed Muzni berkata Maybank Global Wealth Growth-I Fund mempunyai lebih banyak pendedahan kepada ekuiti global dan pendedahan yang rendah terhadap sukuk global.

“Sehubungan itu, dana ini sesuai kepada pelabur yang inginkan prospek pertumbuhan lebih tinggi agar setara dengan risiko tinggi yang diambil bagi portfolio persaraan mereka. Ini termasuk pelabur muda yang mungkin baru memulakan kerjaya atau mereka yang mempunyai komitmen minimum,” katanya.

Bagi Global Wealth Moderate-I Fund, Ahmed Muzni berkata dana ini lebih terdedah kepada sukuk global berbanding ekuiti global dan disediakan untuk pelabur yang memerlukan bayaran pendapatan tahunan antara 2.0 peratus hingga 2.5 peratus setahun.

Menurutnya dana ini lebih sesuai kepada pelabur yang mempunyai minat risiko rendah dan memerlukan pembayaran tetap, selain peningkatan modal jangka panjang.

“Pelabur yang berkeluarga atau dalam pertengahan kerjaya menuju persaraan boleh mempertimbangkan pelaburan dalam dana ini, terutamanya jika mereka mempunyai komitmen tinggi dan tidak mahu mengambil banyak risiko,” katanya.

Dana terbaru iaitu Maybank Global Wealth Conservative-I Fund yang dilancarkan pada 13 Feb 2023  direka untuk pelabur yang mempunyai minat risiko rendah dengan pembayaran pendapatan lebih tinggi.

Beliau berkata dana ini mempunyai ciri penyahkumpulan, dengan sebahagian daripada modal pelaburan mereka akan dikeluarkan sebagai antara bayaran pendapatan suku tahunan berjumlah 7.0 peratus setahun.

Dari segi peruntukan aset, dana baharu ini akan mempunyai lebih banyak pendedahan kepada sukuk berbanding portfolio Pertumbuhan dan Sederhana, kata Ahmed Muzni.

“Bagaimanapun, kesemua dana di bawah MFRS dilengkapi dengan strategi pemuliharaan modal, yang mana strategi pelaburan -- pemilihan saham dan peruntukan aset -- ditentukan untuk mengekalkan pelaburan awal pelabur supaya mereka bersedia untuk menghadapi umur persaraan,” katanya.

Mengulas budaya menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia, Ahmed Muzni berkata ramai yang melengahkan perancangan kewangan untuk persaraan kerana mungkin beranggapan mempunyai banyak masa untuk melakukannya dan memberi keutamaan kepada aspek lain atau mengeluarkan simpanan persaraan.

Beliau berkata kurangnya perancangan untuk jangka panjang telah menyebabkan banyak individu tidak bersedia dari segi kewangan semasa persaraan dan mungkin sudah terlewat untuk menyediakan atau menambah simpanan mereka.

“Dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi, adalah wajar untuk mula menyediakan wang simpanan seawal yang mungkin. Penyelesaian persaraan kami boleh menjadi tambahan kepada simpanan persaraan individu tanpa menjejaskan gaya hidup mereka pada masa ini.

“Penyelesaian persaraan kami adalah fleksibel kepada para pelabur berdasarkan kepada matlamat persaraan mereka. Sekiranya pelabur perlu menggunakan simpanan persaraan mereka, mereka boleh mengeluarkannya tanpa dikenakan caj penalti,” katanya.

Selain itu, penyelesaian persaraan Maybank bukan sahaja meningkatkan simpanan persaraan individu, malah menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan perancangan mengikut keperluan mereka yang berubah-ubah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

3

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

4

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

5

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry