web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CIIF Lancar Program Industri Kewangan Islam

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 1:36PM

Program CIIF membolehkan semua peserta secara automatik menjadi ahli institut berkenaan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Institut Kewangan Islam Profesional Bertauliah (CIIF), pada awal tahun ini, melancarkan program pengiktirafan kelulusan bertauliah kepada ahli profesional serta mana-mana individu yang ingin menceburi industri kewangan Islam.

Pengisian program antara lain membabitkan pengisian pelbagai jenis kursus seperti penstrukturan produk, pengurusan risiko syarikat, pengurusan strategik, perundangan dan pentadbiran serta pengauditan dan kepatuhan syariah.

Dr. Azura Othman
Dr. Azura Othman

Ketua Pegawai Eksekutif CIIF, Dr. Azura Othman, ketika berucap di majlis pelancaran secara maya berkata, program CIIF itu membenarkan semua peserta secara automatik menjadi ahli institut berkenaan. 

Beliau optimis program ini mampu mengasah bakat baru dalam industri kewangan Islam, bagi memenuhi   kehendak pasaran semasa. 

Katanya, program berkenaan turut diwujudkan bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan industri. 

“Sebagai ahli institut, anda berpeluang untuk sentiasa meningkatkan kefahaman dan ilmu anda melalui kursus dianjurkan,  seperti Program Pembangunan Profesional Berterusan. 

“Semua pembelajaran yang anda ikuti juga akan berteraskan piawaian profesional seperti kod etika profesionalisme,” katanya. 

Azura berkata, perincian itu amat penting dalam membolehkan mereka memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ahli profesional kewangan Islam yang berjaya, amanah dan berprinsip,” katanya. 

Program yang mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan ini, direka secara khusus bersama ahli akademik ternama dan pakar industri. - Getaran, 5 Februari 2021 


 

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?