web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GTR Burger Sasar Cecah 500 Cawangan Menjelang Julai 

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 9:32PM

Dari kiri Nordin Mat, Mohammad Rahimi dan pengasas bersama GTR, Najib Jalil bergambar selepas majlis menandatangani MoU di Petaling Jaya hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Cawangan GTR Burger dijangka mencecah sehingga 500 menjelang Julai tahun ini.

Pengasas Bersama GTR Burger, Nordin Mat berkata, cawangan itu dijangka meningkat sekali ganda akhir tahun nanti.

Menurut beliau, GTR Burger yang mula beroperasi pada 2021 kini sudah memiliki 300 cawangan dan tiga pusat pemprosesan di Kuching Sarawak, Puchong, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah.

“GTR Burger mempopularkan bahan tempatan,  produk tempatan guna daging segar tempatan.

“Sekarang, kami melangkah setapak lagi dengan menyokong agensi berkaitan kerajaan (GLC) tempatan iaitu Sime Darby Oil (SDO),” katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara marjerin ALIF untuk GTR Burger dan SDO, di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, kolaborasi perniagaan Bumiputera ini mampu mengangkat dua jenama tempatan dalam satu platform.

“Kami akan pasarkan marjerin ALIF ini ke seluruh cawangan kami. Lagipun jenama ALIF sangat sesuai untuk roti GTR dan produk roti John yang kami hasilkan," katanya.

Sementara itu, wakil SDO merangkap Ketua Jualan Pelanggan, Mohammad Rahimi Abdullah berkata, marjerin eksklusif itu dipasarkan khas menerusi kerjasama antara SDO dan GTR.

Katanya, SDO adalah pengusaha minyak sawit mampan di Malaysia dan kerjasama tersebut membolehkan bekalan marjerin disediakan secara berterusan demi memenuhi keperluan pelanggan.

"Sebagaimana diketahui umum, minyak masak ALIF dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji bagi menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak,” katanya.

Pada sidang sama, Nordin turut mengumumkan kerjasama antara GTR dan Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Ramadan.

Dikenali sebagai Kebahagiaan Ramadan 2023, program itu mensasarkan pemberian bantuan kepada dua juta umat Islam tempatan.

“Kerjasama dengan RI ini juga membuka peluang kepada piha lain untuk sama-sama beramal sempena bulan Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2023

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry