Berita Terkini

52 minit yang lalu: MOF akan pertimbang peruntukan RM45.5 juta untuk naik taraf Kompleks Sultan Abu Bakar bagi tangani masalah kesesakan - Ahmad Maslan 3 jam yang lalu: Jepun umum kawalan eksport peralatan cip 3 jam yang lalu: Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan 3 jam yang lalu: JPJ Selangor nafi jadi punca kemalangan, sebaliknya bantu mangsa 3 jam yang lalu: China mula buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing

IKUTI KAMI


Reformasikan Ekonomi Bumiputera Menerusi Bajet 2023 - MTEM

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2023 1:50PM

Ahmad Yazid Othman berkata, ia harus dilakukan bagi mengubah semula struktur ekonomi yang perlu diperkasa agar setiap sektor tidak didominasi oleh kaum tertentu bagi memacu pertumbuhan dan inovasi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berharap Belanjawan 2023 mampu memperkasa semula ekonomi Bumiputera dengan galakan dalam bentuk dana atau pembebasan cukai. 

Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, ia harus dilakukan bagi mengubah semula struktur ekonomi yang perlu diperkasa agar setiap sektor tidak didominasi oleh kaum tertentu bagi memacu pertumbuhan dan inovasi.

Menurut beliau, bajet kali ini perlu dilaksanakan dengan mekanisme sesuai bagi memastikan ia mampu memberi kesan segera kepada komuniti Bumiputera yang sudah jemu dengan kegagalan. 

“Perubahan semula struktur ekonomi dapat mengurangkan jurang kekayaan dalam kalangan Bumiputera dan bukan Bumiputera di kalangan Sabah, Sarawak serta Semenanjung.

“Tindakan radikal perlu dilakukan agar ia mampu meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera yang ingin melihat perubahan berdasarkan pola pemilihan mereka pada PRU lepas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Ahmad Yazid berkata, peruntukan besar kepada agensi yang memperjuangkan agenda Bumiputera sahaja tidak mencukupi dan ia amat memerlukan kaedah baharu.

Pada masa sama, beliau berpendapat Bajet 2023 juga perlu membantu ekonomi Bumiputera dengan mengenal pasti pasaran atau peluang dalam sektor baharu yang berteknologi untuk membangunkan usahawan Bumiputera berdaya saing.

“Tindakan ini penting supaya ekosistem perniagaan akan memastikan kemajuan dan peningkatan modal serta pembangunan kemampuan yang sebenarnya.

“Gejala Ali Baba perlu dihapuskan dan rasuah perlu dinyahkan agar ketirisan tidak berulang kerana ia berupaya menjahanamkan agenda merapatkan jurang kekayaan antara rakyat,” katanya. 

Dalam pada itu, Ahmad Yazid berkata, walaupun belanjawan hanya merupakan peruntukan tahunan namun ia perlu seiring dengan sasaran utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), berlandaskan matlamat yang jelas dan boleh diukur.

"Kita berharap Belanjawan 2023 ini sejajar dengan aspirasi Madani dan kerajaan tidak menjadikan pencapaian Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagai sasaran utama atau mengunggulkan pelaburan asing atas kepentingan pelabur tempatan.

“Kerajaan perlu terus memperjuangkan dasar meningkatkan gaji pekerja sebagai cara utama meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan semula Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pembentangan semula bajet tahunan itu berikutan Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober 2022 tidak dapat dibahas dan diluluskan, susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketika ia dibentangkan kali pertama pada awal Oktober tahun lalu, bajet itu menelan peruntukan paling besar dan tinggi dalam sejarah negara iaitu RM372.3 bilion. - Getaran, 24 Februari 2023.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 hari yang lalu

Ekonomi Malaysia Diunjur Tumbuh Sederhana 4-5 Peratus Pada 2023 - BNM

2

Semasa 2 hari yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

3

Semasa 2 hari yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ekonomi 13 jam yang lalu

Penambahbaikan Skim Jaminan Kredit Perumahan Bantu Atasi Rumah Tidak Terjual - Pakar Ekonomi