Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MTA Jalin Kerjasama Dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 8:21PM

Prof Mohammad Mahdi Asgari (kiri) dan Mohd Radzuan Mohamed selepas menandatanagni MoU program pengayaan takaful berasaskan pengetahuan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Takaful Malaysian (MTA) hari ini menandatangani memorandum perjanjian dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran (IRC) untuk bekerjasama dalam program pengayaan takaful berasaskan pengetahuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA Mohd Radzuan Mohamed berkata kerjasama itu akan membantu membangunkan industri dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara peneraju yang terbaik untuk menyokong ekonomi Islam global yang bernilai trilion dolar.

“Kerjasama di antara persatuan seperti MTA dengan persatuan lain seluruh dunia bukanlah baharu. Apa yang baharu kali ini ialah Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal tahun lepas melancarkan Rangka Tindakan Sektor Kewangan (FSB) 2022-2026,” katanya kepada Bernama selepas majlis MoA di sini hari ini.

“(Dengan rangka tindakan itu), BNM pada asasnya berhasrat untuk mencapai objektif strategik tertentu, salah satunya adalah untuk mempromosikan kepimpinan kewangan Islam yang maju bukan sahaja secara dalaman tetapi juga kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata kerjasama itu adalah hasil kerja sebelum ini untuk memastikan mereka terlibat dengan persatuan dan institut di seluruh dunia bagi menyebarluaskan kewangan Islam, khususnya takaful.

Kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan pengalaman antara satu sama lain. Mereka akan bekerjasama dalam pemupukan pengetahuan, latihan dan pendidikan serta pertukaran kecerdasan data. Pada masa yang sama, mereka akan memupuk hubungan antarabangsa antara industri insurans domestik dengan industri insurans antarabangsa.

Ia juga akan berusaha untuk mengukuhkan dan mengembangkan hubungan saintifik IRC dengan institusi akademik yang berkaitan dalam bidang jurnal saintifik bersama, persidangan saintifik pelbagai hala bersama dan bengkel khusus antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IRC Prof Mohammad Mahdi Asgari berkata Iran memiliki pengalaman dalam perbankan Islam selama 40 tahun dan semua bank adalah Islamik dan patuh Syariah, tetapi takaful masih tidak dilaksanakan di negara itu.

“Tetapi dalam kerajaan baharu kita ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata bahawa takaful harus dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Iran pada masa ini memiliki 37 syarikat insurans, dengan kira-kira 10 daripadanya bersedia menawarkan produk-produk takaful, katanya.

“Kami mengkaji dan menyelidik model-model takaful daripada syarikat insurans kami. Jika (model) mereka patuh Syariah dan mengikut rangka kerja undang-undang industri insurans Iran, kami akan membenarkan mereka menjual produk takaful,” katanya.

Menurut Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, Malaysia adalah pasaran takaful ketiga terbesar di dunia dengan ekosistem kewangan Islam yang bertenaga merangkumi institusi kewangan Islam, pengawal selia, korporat patuh Syariah, pengurus dana Islam dan industri halal yang mencari produk-produk takaful. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Insurans Disaran Wujud Pelan Perlindungan Banjir Mampu Milik - FOMCA

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Industri Insurans, Takaful Seru Pihak Berkepentingan Sama-Sama Tangani Kos Perubatan

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 35 minit yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini