web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Insurans Disaran Wujud Pelan Perlindungan Banjir Mampu Milik - FOMCA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 12:00PM

Kereta ditengelami air di Taman Sri Muda, Shah Alam. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia Sabtu lalu bukan sekadar meragut puluhan nyawa, bahkan turut merosakkan ribuan kenderaan apabila dimasuki air dan lumpur.

Susulan itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa syarikat insurans dan bengkel panel meringankan beban pembaikan kenderaan pemilik yang tidak mempunyai pelindungan banjir.

Timbalan Setiausaha Agung FOMCA, Nur Asyikin Aminuddin berkata, tidak semua pemilik kenderaan melanggan pelan pilihan perlindungan banjir dalam polisi insurans kenderaan mereka.

“Umum mengetahui, banjir yang melanda, khususnya di Lembah Klang berlaku di luar jangka. Jadi kita mohon pihak insurans supaya mudahkan urusan pengguna yang ingin membuat tuntutan akibat banjir.

“Malah jika boleh, syarikat insurans pertimbangkan pemilik kenderaan baharu dan ringankan beban kos pembaikan tersebut. Kasihanilah klien anda yang dilanda musibah ketika ini,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Nur Asyikin Aminuddin
Nur Asyikin Aminuddin

Menurut beliau, pengguna sudah tentu akan bersiap-siaga mengalihkan kenderaan mereka ke tempat lebih tinggi jika menerima amaran awal daripada kerajaan.

“Pemilik kenderaan pun memang tak nak perkara ini berlaku kerana akan menyusahkan urusan mobilisasi mereka.

“Namun keadaan itu tidak dapat dielakkan kerana paras air naik dengan cepat dan tiada amaran awal mengenainya dikeluarkan,” katanya.

Pada masa sama, Nur Asyikin menyarankan syarikat insurans agar mewujudkan pelan perlindungan banjir mampu milik kepada semua pengguna.

“Ramai beranggapan harga pelan perlindungan banjir sedikit mahal daripada pelan biasa. Ini menyebabkan pengguna kurang berminat melanggan pelan tersebut.

“Tapi kesan daripada bencana banjir baru-baru ini, kita boleh nampak pelan tersebut penting untuk pengguna di negeri yang terdedah kepada risiko banjir,” katanya.

Beliau juga berpendapat, orang ramai masih belum menyedari kepentingan pelan pilihan perlindungan banjir dalam polisi insurans kenderaan mereka.

“Mungkin mereka rasa bukan keperluan yang penting buat masa ini disebabkan lokasi mereka tidak pernah dilanda bencana banjir mahupun banjir kilat.

“Rata-rata pengguna pula ambil perlindungan insurans ataupun takaful yang sangat minima semata-mata untuk memperbaharui cukai jalan,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad