web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Insurans, Takaful Seru Pihak Berkepentingan Sama-Sama Tangani Kos Perubatan

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 2:15PM

O’Dell ketika ditemu bual secara eksklusif bersama Bernama di Bilik Ahli Lembaga LIAM di bangunan AICB. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Industri insurans dan takaful menyeru semua pihak berkepentingan seperti Bank Negara Malaysia, hospital swasta dan doktor untuk bekerjasama dengan industri dalam usaha menangani peningkatan kos perubatan dan inflasi premium.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O’Dell berkata kos rawatan perubatan di hospital swasta di Malaysia semakin meningkat seiring dengan premium/caruman insurans dan takaful perubatan swasta.

“Pemacu utama inflasi perubatan dan premium/caruman ialah kemajuan dalam rawatan perubatan, peralatan import, bekalan dan ubat-ubatan, kelaziman penyakit tidak berjangkit yang tinggi, penduduk yang semakin tua dan peningkatan faedah serta reka bentuk polisi, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

O’Dell berkata inflasi perubatan adalah isu global dan kadar inflasi tahunan secara global telah dilaporkan sebanyak lapan peratus, hampir sama dengan inflasi perubatan di Malaysia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tuntutan telah meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding premium. Dalam jangka panjang, ini boleh mengancam kemampanan insurans perubatan swasta.

“Bagi ahli LIAM, dari tahun 2017 hingga 2019, perbelanjaan dan kos operasi telah menyusut kepada 9.1 peratus daripada premium/caruman manakala tuntutan meningkat kepada 88.6 peratus daripada premium,” katanya.

Dalam satu kaji selidik ahli LIAM, purata kenaikan premium tahunan bagi semua polisi MHI dari 2017 hingga 2021 ialah 6.47 peratus.

Bagaimanapun, peningkatan itu mungkin kelihatan lebih besar kerana semakan kadar hanya berlaku setiap tiga hingga lima tahun.

Kaji selidik ini menunjukkan bahawa kenaikan premium adalah kurang daripada kenaikan purata dalam kos tuntutan sebenar.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Actuarial Partners pada 2020 mendedahkan bahawa kos purata kemasukan hospital yang dilindungi meningkat pada purata 9.3 peratus untuk rawatan bukan pembedahan dan 7.8 peratus untuk rawatan pembedahan daripada empat juta tuntutan yang dibuat antara 2013 dan 2018.

Sementara itu, kajian itu juga mencadangkan penanggung insurans dan pengendali takaful memperkenalkan lebih banyak pelan alternatif dengan premium yang lebih rendah dan peruntukan perkongsian kos agar pemegang polisi dapat mengekalkan perlindungan perubatan mereka dan menggalakkan kawalan kos.

“Kami juga perlukan ketelusan yang lebih besar dengan menerbitkan kos purata prosedur dan rawatan biasa dan ini boleh memperkasakan pemegang polisi untuk membuat keputusan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

“Kami turut mencadangkan untuk mengautomasikan dan mendigitalkan proses surat jaminan bagi mengurangkan kos pentadbiran dan menambah baik pengalaman pesakit yang diinsuranskan,” tambahnya.

Sehingga kini, industri ini mempunyai purata sembilan juta pemegang polisi individu pada 2020. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ