web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Kaji Semula Sistem Cukai Sedia Ada - Bekas Gabenor

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 5:04PM

Muhammad Ibrahim berkata, sistem percukaian yang saksama itu juga perlu melibatkan cukai nilai tambah yang tidak harus dipolitikkan bagi pertumbuhan ekonomi lebih baik - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu meneliti semula semua sistem percukaian sedia ada bagi membolehkan pelaksanaan sistem yang lebih komprehensif serta saksama, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, sistem percukaian yang saksama itu juga perlu melibatkan cukai nilai tambah yang tidak harus dipolitikkan bagi pertumbuhan ekonomi lebih baik.

Ini penting bagi memastikan Malaysia mempunyai pilihan hasil serta dapat mengelak daripada terjerumus dalam perangkap hutang bagi jangka panjang walaupun paras hutang sedia ada masih rendah kira-kira 50-60 peratus berbanding Jepun serta negara lain yang mempunyai paras hutang lebih 100 peratus.

Implikasi perangkap hutang itu, katanya, tidak hanya merencatkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga pasaran kewangan seperti bon dan ekuiti yang boleh menyebabkan pelabur kurang yakin dengan negara ini.

“Setakat ini, kira-kira 30 peratus daripada ekonomi tidak membayar cukai kerana ciri sistem cukai tersebut. Ini termasuk pesara seperti saya atau lain-lainnya yang masih mampu berbelanja dan sepatutnya menyumbang bahagian masing-masing kerana masih menikmati kemudahan seperti jalan raya, lapangan terbang serta sekolah,” katanya pada Persidangan Dewan Usahawan Malaysia-China (MCEC) Ke-12 di sini, hari ini.

Muhammad berkata, tindakan meminjam secara berlebihan boleh mengundang negatif atau pertumbuhan lebih rendah dan menekankan kepentingan peranan sebagai jaguh dalam pelbagai sektor ekonomi.

“Kita perlukan lebih banyak jaguh (syarikat) seperti Petronas dan Top Glove Corp untuk menjadi jenama global yang tidak hanya dapat mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi tetapi dapat melonjakkan lagi kepentingan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pelan yang jelas diperlukan bagi membolehkan entiti menjadi juara kebangsaan.

Muhammad berkata, BNM misalnya, berjaya dari segi menjadikan institusi perbankan berteraskan domestik sebagai kuasa di peringkat serantau.

Usaha itu termasuk transformasi sektor perbankan sebagai industri kompetitif serta berat dalam proses panjang untuk memupuk institusi ini sebagai entiti dan bersaing melangkaui sempadan negara.

Sementara itu, MCEC ke-12 menggabungkan interaksi dalam talian dan fizikal serta padanan perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana antara Malaysia dan China selain perbincangan lanjut mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pemeteraian FTA Malaysia-Korea Selatan Penting Bagi Perkukuh Hubungan Ekonomi - Duta

2

Ekonomi 4 tahun yang lalu

HSBC Jangka Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK 5.6 Peratus Tahun Ini

3

Semasa 4 tahun yang lalu

PM Saran Kukuhkan Kerjasama ASEAN-China Untuk Pemulihan Ekonomi Serantau

4

Ekonomi 5 tahun yang lalu

Menteri Ekonomi Asean Cadang Perkenal Sijil Vaksin Digital Bersama - Azmin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan