web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HSBC Jangka Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK 5.6 Peratus Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 5:45PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - HSBC menjangkakan pemulihan ekonomi yang agak kukuh di Malaysia tahun ini dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka berkembang 5.6 peratus meskipun impak daripada bencana banjir baru-baru ini.

James Cheo, ketua pegawai pelaburan bagi Asia Tenggara di HSBC Global Private Banking and Wealth berkata pemacu utama kepada pertumbuhan negara adalah tahap penggunaan tinggi, kemasukan perbelanjaan infrastruktur yang tertangguh dua tahun lepas serta pelaburan langsung asing yang memberangsangkan.

Beliau juga percaya banyak syarikat akan menyambung kembali aktiviti pengembangan mereka tahun ini apabila rancangan mereka telah tertangguh sejak dua tahun lepas berikutan pandemik COVID-19.

“Kemungkinan besar tahun ini akan menjadi tahun yang mana syarikat akan mula melabur dan mengembangkan operasi mereka terutamanya dengan prospek jangka panjang yang  besar bagi Asia Tenggara.

“Saya fikir tunjang pertumbuhan bagi Malaysia adalah penggunaan yang besar, pelaburan dan sokongan daripada sektor pembuatan yang dijangka masih lagi kukuh,” katanya semasa taklimat media mengenai Prospek Pelaburan HSBC 2022 yang diadakan secara maya, hari ini.

Cheo menjangka tekanan inflasi agak rendah tahun ini, pada sekitar 2.1 peratus dan justeru itu Bank Negara Malaysia dijangka mengetatkan dasar monetarinya secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini.

“Barangkali mereka menyasarkan kenaikan 50 mata asas (dalam kadar dasar semalaman) tahun ini,” katanya sambil menambah berikutan penularan varian Omicron bank pusat kemungkinan juga akan melaksanakan penampan dasar. 

Beliau berkata dasar fiskal dijangka kekal berkembang pada 2022 dengan sasaran defisit belanjawan 6.0 peratus daripada KDNK berbanding sasaran defisit 6.5 peratus pada 2021.

Di peringkat global, pengarah urusan dan ketua pegawai pelaburan bank itu Fan Cheuk Wan berkata beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan global yang sederhana tetapi masih menggalakkan dalam fasa pertengahan kitaran tahun ini.

Beliau berkata kadar faedah global dijangka kekal di bawah paras normal meskipun langkah pengurangan pembelian bon dan kenaikan kadar yang pantas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

“Kami menjangkakan inflasi akan turun sedikit pada 2022 dan lima kenaikan kadar yang kami jangkakan daripada Fed AS antara Mac 2022 dan September 2023 masih perlahan berbanding apa yang kita lihat dalam kitaran langkah mengetatkan dasar AS sebelum ini.

“Ini akan terus menyokong strategi mengambil risiko kita dengan peruntukan besar kepada ekuiti global dan keutamaan bagi ekuiti AS, Eropah dan Asia,” katanya.

Sementara itu, Cheo berkata Asia Tenggara dijangka mengalami lonjakan pertumbuhan tahun ini berkembang sebanyak  5.2 peratus berbanding hanya 3.6 peratus tahun lepas dan ini akan meningkatkan pertumbuhan pendapatan syarikat kepada 12.3 peratus.

“Pembawa perubahan bagi Asia Tenggara adalah pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia yang akan mengukuhkan lagi integrasi perdagangan dan pelaburan di rantau ini.

“Dengan pembukaan semula sempadan, kadar penggunaan bagi Asia Tenggara dijangka pulih dengan kukuh tahun ini justeru pelabur tidak seharusnya mengabaikan rantau ini pada 2022,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat