web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemeteraian FTA Malaysia-Korea Selatan Penting Bagi Perkukuh Hubungan Ekonomi - Duta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 12:06PM

Lee Chi Beom - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha bagi Malaysia dan Korea Selatan mewujudkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dilihat sebagai amat penting bagi memperkukuh hubungan ekonomi sedia ada, kata Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia Lee Chi Beom.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata sejajar dengan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkuat kuasa pada awal tahun ini selain pengaturan serantau lain seperti Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang sedang dibincangkan, FTA dua hala berkenaan sebaliknya kurang mendapat tumpuan dengan momentumnya yang dilihat lebih perlahan.

“Memandangkan skop pertukaran ekonomi kita semakin meluas, adalah dijangkakan bahawa keperluan FTA dua hala itu yang meliputi ciri-ciri khusus negara yang lazimnya kurang mendapat perhatian oleh perjanjian seperti RCEP, menjadi semakin penting.

“Atas alasan ini, penting sebenarnya untuk kedua-dua kerajaan kita mengekalkan momentum rundingan FTA dua hala dan saya sendiri berharap dapat melihat komitmen lebih besar daripada kerajaan kedua-dua negara untuk merealisasikannya,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini bersempena Hari Asas Kebangsaan Korea Selatan yang diraikan pada 3 Oktober.

Mengulas selanjutnya, Lee berkata walaupun Korea Selatan mempunyai FTA berasingan dengan ASEAN, negara itu sebaliknya masih belum memuktamadkan perjanjian serupa dengan Malaysia sejak kedua-dua negara memulakan rundingan FTA pada 2019.

Walaupun berdepan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, beliau berkata hubungan dua hala telah mencatat kemajuan memberangsangkan dan seiring dengan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara sejak hubungan diplomatik dijalinkan pada Februari 1960.

“Apa yang paling ketara adalah jumlah perdagangan dua hala kita yang telah melonjak 7,200 kali sejak 60 tahun lepas dan aliran perdagangan itu terus meningkat, termasuk ketika pandemik.

“Walaupun pandemik itu telah menjejaskan pertumbuhan, pertukaran di peringkat rakyat telah melepasi angka sejuta buat pertama kalinya pada 2019. Angka itu juga kian meningkat semula selepas pembukaan sempadan negara,” katanya.

Menurut Kedutaan Korea Selatan di Malaysia, jumlah dagangan dua hala mencatat US$20.6 billon pada 2021 berbanding US$28.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Jumlah tersebut juga jauh lebih ketara berbanding hanya kira-kira US$2.83 juta pada 1965.

Ditanya bagaimana hubungan ekonomi kedua-dua negara ini dapat dipertingkatkan lagi, beliau berkata masih terdapat ruang untuk mengembangkan lagi potensi kerjasama secara berterusan serta dapat diperkukuh.

Malah, Lee juga optimis jumlah dagangan dua hala pada tahun ini mampu mencecah paras lebih tinggi berbanding tahun lepas, didorong oleh pertumbuhan dagangan serta pelaburan yang berterusan walaupun dalam persekitaran pandemik.

“Bagi saya, dari segi kerjasama ekonomi, peningkatan itu telah didorong oleh asas ekonomi kukuh yang dibina sejak bertahun-tahun lamanya antara Korea Selatan dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, negara-negara lain turut meninjau peluang perniagaan di Malaysia sebagai reaksi terhadap usaha penyusunan semula rantaian bekalan global, krisis iklim serta peralihan tenaga.

“Saya menjangkakan aliran sedemikian akan berterusan memandangkan RCEP baru berkuat kuasa pada awal tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi hasrat kedutaan itu untuk membuka sebuah pejabat Konsulat Jeneral di Kota Kinabalu, Sabah, tidak lama lagi.

Dalam tempoh dua tahun ini, syarikat-syarikat Korea Selatan telah membuka cawangan di Malaysia termasuk Korean Education Centre, Pusat Perniagaan Korea Agensi Penggalakan Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA), Korea Water Resources Corporation dan Korea Agro-Fisheries and Food Trade Corporation.

Paling terbaharu adalah pihak Korea Environment Corporation yang telah membuka Pejabat Serantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur pada bulan ini.

Malaysia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Korea Selatan di Asia Tenggara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan