Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menteri Ekonomi Asean Cadang Perkenal Sijil Vaksin Digital Bersama - Azmin

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 5:54PM

Azmin Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri ekonomi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) mencadangkan supaya sijil vaksin digital bersama diperkenalkan untuk mempercepat pembukaan semula sektor yang terjejas paling teruk seperti pelancongan, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata bagaimanapun, tempoh untuk pengenalan sijil vaksin digital bersama itu tidak ditetapkan memandangkan perkara itu perlu dibawa kepada mesyuarat peringkat menteri kesihatan terlebih dahulu.

“Ini cadangan baharu, saya telah dimaklumkan (mengenainya) oleh Brunei yang berperanan sebagai pengerusi.

“Tiada penetapan tempoh dibuat berhubung cadangan tersebut, tapi saya yakin sekiranya ia dimuktamadkan dalam jangka terdekat, sudah pasti ia akan membantu memudahkan pergerakan antara anggota Asean,” katanya selepas Pemukiman Menteri Ekonomi Asean ke-27 secara dalam talian, di sini pada Rabu.

Beliau berkata semasa pemukiman itu, menteri ekonomi Asean juga membincangkan kemajuan pelaksanaan Kerangka Pemulihan Komprehensif Asean sebagai alat untuk pemulihan rantau ini.

Para menteri berikrar untuk menggiatkan usaha meneroka semua peluang bagi memperkukuh dan memperluas penyepaduan serantau dalam pelbagai bidang kepentingan bersama yang akan menyumbang kepada kemampanan pendapatan serta daya tahan ekonomi-ekonomi Asean, katanya.

Mohamed Azmin berkata penekanan turut diberikan kepada penambahan senarai barangan keperluan di bawah Memorandum Persefahaman bagi Pelaksanaan Langkah Bukan Tarif ke atas Barangan Keperluan berdasarkan Pelan Tindakan Hanoi dalam Mengukuhkan Kerjasama Ekonomi Asean dan Kesalinghubungan Rantaian Bekalan sebagai Respons terhadap Pandemik COVID-19 yang dimeterai pada November 2020.

“Berkenaan jumlah produk yang dicadangkan supaya dipertimbang untuk ditambah, saya rasa kita perlu bersikap realistik mengenai kuantum memandangkan jumlah sekarang agak kurang munasabah dengan apa yang sebenarnya kita boleh capai.

“Para menteri turut bersetuju dengan perlunya penyertaan Asean yang besar dalam rantaian nilai global (GVC) untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan intra-Asean.

“Ini akan mewujudkan perniagaan dan peluang pekerjaan yang lebih ketara, terutama dalam usaha Asean membangunkan kembali daya tahannya ketika global sedang melaksanakan penyusunan semula,” katanya.

Beliau berkata pandemik itu, yang menjadi gangguan utama, menunjukkan jurang sedia ada dalam GVC kesan daripada ketidaktentuan ketara luar jangka yang dialami permintaan dan penawaran barangan keperluan.

Mengenai kemungkinan langkah mendorong India mempertimbangkan semula penyertaan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Mohamed Azmin berkata Malaysia sebagai penyelaras negara bagi hubungan ekonomi Asean-India terlebih dahulu akan membincangkan Semakan Perjanjian Perdagangan Barangan Asean-India (AITIGA).

“AITIGA telah dilaksanakan selama 10 tahun dan sudah sampai masanya untuk kita menyemak beberapa peruntukan. Kita sedang menunggu maklum balas dari India, dan setelah diterima, kita akan menubuhkan jawatankuasa untuk menyemak AITIGA.

“Pada waktu yang sama, saya percaya kita akan dapat meyakinkan India mempertimbangkan semula dan meneliti kembali keputusannya tidak menyertai RCEP yang dibuat tahun lepas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Singapura telah memberi jaminan kepada Malaysia bahawa penangguhan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) antara kedua-dua negara, yang mengakibatkan perniagaan di kedua-dua negara mengalami banyak kesukaran, adalah sementara.

Beliau berkata rakan sejawatannya dari Singapura, Chan Chun Sing mengatakan pengaturan RGL akan disambung semula setelah keadaan COVID-19 bertambah baik, dan program vaksinasi dijalankan republik itu juga akan merangkumi rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di sana. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Berkala Persiapan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini