web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Dijangka Mampu Capai Pertumbuhan KDNK Tahunan 7.7 Peratus - JP Morgan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 6:28PM

Industri elektrik dan elektronik juga menyumbang kepada perkembangan KDNK dengan Malaysia membekalkan 10 peratus daripada komponen semikonduktor di peringkat global. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - JP Morgan optimis Malaysia mampu mencapai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan sebanyak 7.7 peratus pada 2022, yang berkemungkinan antara yang tertinggi di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan Malaysia, Wong Hooi Ching berkata ekonomi negara berdaya tahan disokong oleh sistem perbankan yang kukuh, sokongan daripada kerajaan dan korporat yang berhemah.

“Kami juga yakin dan optimis terhadap industri elektrik dan elektronik (E&E) memandangkan Malaysia kini membekalkan 10 peratus daripada komponen semikonduktor di peringkat global,” katanya pada program Invest Malaysia 2022 Series 1: Building Resilience Amidst Volatility (Invest Malaysia 2022 Siri 1: Membina Daya Tahan Di Tengah Ketidaktentuan), di sini, hari ini.

Di samping itu, katanya, Malaysia telah berjaya menarik pelaburan langsung asing tertinggi dalam tempoh enam tahun lepas, berjumlah US$1.9 bilion (US$1=RM4.52) ke dalam negara setakat Ogos 2022.

Hooi Ching juga berkata, Malaysia mempunyai kumpulan tenaga kerja yang besar dan JP Morgan merancang untuk kekal berinovasi, bekerjasama dan menyokong pemimpin generasi akan datang seiring dengan transformasi ekonomi.

Pada Isnin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia mungkin dapat melepasi anggaran rasmi antara 5.3 dan 6.3 peratus pada 2022.

Beliau berkata demikian susulan pertumbuhan pesat negara pada suku kedua pada 8.9 peratus dan jangkaan prestasi yang lebih baik pada suku ketiga.

Tengku Zafrul berkata Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku ketiga meskipun keadaan ekonomi global yang lemah serta peningkatan dolar AS.  

Unjuran angka baharu itu akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis