Berita Terkini

13 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pemegang Taruh Perlu Telus, Kumpulan Minoriti Berhak Tahu Semua Maklumat

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 8:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemegang taruh syarikat senaraian awam perlu lebih telus dan sentiasa memberikan perkembangan terkini kepada golongan pemegang taruh minoriti apabila membuat keputusan yang signifikan, seperti penstrukturan semula nilai pegangan saham, aset atau hutang.

Menurut kumpulan pemerhati, sudah terlalu lama pemegang taruh minoriti tidak didedahkan dengan keputusan utama dibuat oleh syarikat yang melibatkan mereka.

Senario ini turut tidak konsisten dengan perincian Bajet 2022 dibentangkan menggunakan konsep Keluarga Makmur, yang menekankan kesamarataan bagi semua pemegang taruh.

Justeru kumpulan berkenaan berpendapat, seandainya pemegang taruh utama gagal memastikan pemegang taruh minoriti dilayan sama rata, tindakan undang-undang boleh diambil.

Bercakap kepada The Vibes, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, pemegang taruh minoriti memiliki hak sama dengan pemegang taruh lain, di bawah rangka kerja pasaran modal.

Muhammad Mohan
Muhammad Mohan

Muhammad berkata, pemegang taruh minoriti memiliki tiga hak asas iaitu menyuarakan pandangan, mendapatkan maklumat serta membetulkan keadaan dan ia perlu dihormati oleh pemegang taruh utama.

“Menyembunyikan maklumat daripada pemegang taruh utama akan memberi implikasi negatif kepada pemegang taruh majoriti dan lembaga pengarah.

“Kebiasaannya, perjanjian sesama pemegang taruh ialah perkakas terbaik untuk melindungi pemegang taruh minoriti kerana ia membolehkan beberapa peruntukan dimasukkan untuk melindungi mereka, sekali gus membenarkan tindakan perundangan diambil mengikut mana-mana undang-undang korporat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas hasrat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menambah pegangan dalam Malaysia Resources Corp Bhd (MRCB).

The Edge Weekly melaporkan, KWSP iaitu pemegang taruh terbesar MRCB dengan pegangan 36.21 peratus sedang meneliti kemungkinan menggabungkan aset hartanah mereka, yang berpotensi menjalani penstrukturan semula.

Antara strategi KWSP dalam menambah pegangan mereka ialah mengambil alih sebahagian atau kesemua pegangan Gapurna Sdn Bhd.

Gapurna ialah pemegang taruh kedua terbesar MRCB dengan 15.48 peratus faedah ekuiti dan dimiliki oleh timbalan pengerusi eksekutif, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Selain menyenaraikan bantuan Maybank Investment Bank oleh KWSP dalam penstrukturan semula, The Edge melaporkan bahawa perancangan juga sedang diambil untuk meneroka aspek kemiskinan bandar dan syarikat pembinaan yang mencakupi penggabungan atau penswastaan.

Bagaimanapun, MRCB dalam satu pengumuman di Bursa berkata, syarikat itu tidak menerima sebarang permohonan atau tawaran berkaitan penstrukturan semula itu.

Katanya, tiada sebarang pihak tampil dengan sebarang pelan transaksi untuk MRCB malah syarikat juga tidak terbabit dengan mana-mana bank pelaburan untuk perancangan seumpama itu.

Muhammad berkata, jika maklumat berkaitan disembunyikan sepenuhnya daripada pengetahuan pemegang taruh minority, pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) adalah medan terbaik untuk mereka meluahkan sebarang rasa tidak puas hati.

“Mereka juga boleh meminta bantuan Badan Pengawas Pemegang Taruh Minoriti (MSWG) menyelesaikan perkara itu bersama pemegang taruh majoriti kerana golongan terbabit diwakili MSWG untuk melindungi kepentingan mereka.

“Pemegang taruh minoriti juga berhak mencalonkan pengarah dan dalam perjanjian perlindungan pemegang taruh, hak untuk didengar disebut dengan amat jelas,” katanya.

Mesyuarat Agung MRCB Ke-51 dijadualkan diadakan esok secara maya sekitar jam 10 pagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRCB, Devanesan Evanson senada dengan Muhammad dengan berkata, pemegang taruh majoriti perlu memastikan pemegang taruh minority dilayan sama rata dan adil.

Devanesan juga menekankan bahawa pemegang taruh yang terkesan dengan penstrukturan semula perlu dimaklumkan sebaik sahaja segalanya sudah disahkan.

“Ada peraturan dan peruntukan perundangan untuk semua pengambilalihan, penggabungan dan penswastaan.

“Jika ia dilanggar, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan,” katanya. - The Vibes, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 : MRCB Sertai Inisiatif TVET

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perspektif Madani Untuk Kajian Separuh Penggal RMK-12 Bantu Bina Negara Idaman

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MRCB Lancar ‘Ipoh Raya Integrated Park’, Pelopor Industri Hijau Di Perak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

1,000 Petugas MRCB Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

Usahawan 1 hari yang lalu

Kraftangan Rotan Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Bekas graduan Institut Kraf Negara ini sedia berkongsi ilmu, kemahiran bagi memastikan seni anyaman rotan tidak pupus ditelan zaman

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri