web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023 : MRCB Sertai Inisiatif TVET

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 10:48PM

MRCB akan mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja menerusi pelaburan dalam pusat Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peneraju firma pembinaan dan kejuruteraan tempatan, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) akan mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja menerusi pelaburan dalam pusat Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini mengumumkan, MRCB bakal tampil sebagai antara peserta dan rakan kongsi aktif dalam inisiatif itu.

Mengulas pengumuman berkenaan, jurucakap MRCB berkata, syarikat akan bekerjasama dengan institusi pembangunan dan akreditasi industri, termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Akademi Binaan Malaysia, untuk memperkasa program TVET berkaitan pembinaan, selain mewujudkan program kemahiran untuk belia tempatan.

Jurucakap MRCB berkata, syarikat akan bekerjasama dengan institusi pembangunan dan akreditasi industri untuk memperkasa program TVET berkaitan pembinaan, selain mewujudkan program kemahiran untuk belia tempatan - Gambar hiasan
Jurucakap MRCB berkata, syarikat akan bekerjasama dengan institusi pembangunan dan akreditasi industri untuk memperkasa program TVET berkaitan pembinaan, selain mewujudkan program kemahiran untuk belia tempatan - Gambar hiasan

“Program ini akan memberi tumpuan kepada pembinaan modular, serta kaedah pembinaan yang mampu mengurangkan sisa pembuangan karbon secara lestari, dan pada masa sama, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Dengan melabur dalam program seumpama ini, MRCB akan memastikan kami bukan sahaja memiliki jumlah tenaga kerja yang mencukupi untuk menampung pertambahan pembinaan modular, tetapi juga membantu menjana pertumbuhan pekerja mahir dalam sektor pembinaan, sekali gus menyokong peralihan terhadap kaedah pembinaan yang lebih inovatif dan lestari,” katanya menerusi kenyataan.

Program pembinaan modular TVET yang akan dibangunkan MRCB itu berupaya memperkasa daya saing dan membangunkan tenaga kerja dalam disiplin tertentu, antaranya Teknologi Konkrit, Teknologi Formwork, Kerja Akhir Senibina, Mekanikal, Kren dan Jentera Berat, Teknologi Kimpalan, Kerja Pertukangan Kering dan Basah, Teknologi Maklumat Pembinaan, Program Kesihatan dan Alam Sekitar, Program Bangunan Hijau dan Lestari, Mandur Tapak Pembinaan Bertauliah, Mandur Keselamatan Bertauliah, Eksekutif Pengurusan Fasiliti, Pengurus Pengurusan Fasiliti dan Pengurus Projek Pembinaan Bertauliah.

Inisiatif terbaru TVET ini adalah tambahan kepada program sedia ada melibatkan kerjasama antara MRCB, Kementerian Belia dan Sukan dan program Peluang Kedua Jabatan Penjara (PEKA) - Gambar hiasan
Inisiatif terbaru TVET ini adalah tambahan kepada program sedia ada melibatkan kerjasama antara MRCB, Kementerian Belia dan Sukan dan program Peluang Kedua Jabatan Penjara (PEKA) - Gambar hiasan

Inisiatif terbaru TVET ini adalah tambahan kepada program sedia ada melibatkan kerjasama antara MRCB, Kementerian Belia dan Sukan dan program Peluang Kedua Jabatan Penjara (PEKA), yang membekalkan latihan, kemahiran dan peluang pekerjaan untuk banduan tertentu yang bakal dibebaskan.

“Program ini direka untuk melatih dan meningkatkan kemahiran banduan risiko rendah serta bekas banduan yang dipilih oleh Jabatan Penjara, atau lebih dikenali sebagai ‘Orang Diselia’.

“Ia membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat dan setakat ini telah memberi faedah kepada 350 banduan,” katanya.

MRCB ialah pemegang saham terbesar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. – The Vibes, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad