web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,000 Petugas MRCB Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 9:55PM

Datuk Dell Akbar Khan bercakap dengan Tan Sri Annuar Musa di inisiatif Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di KL Sentral hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) muncul sebagai antara industri swasta pertama yang ditawarkan untuk menerima vaksinasi di bawah inisiatif MyMedic@Wilayah.

Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akbar Khan, berkata seramai 1,000 petugas sektor pembinaan dipilih sebagai penerima dos pertama, menerusi inisiatif Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di KL Sentral di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada pekerja, sekali gus membantu mengurangkan risiko penularan virus di tapak pembinaan.

“Semua pekerja perlu dilindungi, justeru bagi merealisasikan objektif ini, mereka perlu divaksin secepat mungkin dan ia secara tidak langsung dapat mengembalikan operasi tapak pembinaan secara optimum,” katanya.

Annuar bercakap dengan seorang petugas Trak Vaksin Bergerak.
Annuar bercakap dengan seorang petugas Trak Vaksin Bergerak.

Dell Akhbar memberitahu, program berkenaan melibatkan dua trak vaksin bergerak yang disediakan Optimax Holdings Berhad.

“Kedua-dua trak berkenaan menyediakan kemudahan yang sama seperti terdapat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan berupaya memberi vaksin kepada lapan penerima serentak,” katanya.

Beliau berkata, MRCB sentiasa memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan sentiasa menggalakkan semua petugas mendapatkan suntikan vaksin pada kadar segera.

“Kami turut berterima kasih kepada usaha proaktif dan kerjasama yang diterima daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi dalam melaksanakan program ini,” katanya.

MyMedic@Wilayah merupakan inisiatif diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, dengan menjadikan pemberian vaksin kepada rakyat sebagai fokus.

Inisiatif berkenaan selaras dengan usaha kerajaan mempercepatkan kewujudan imuniti kelompok, khususnya di kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Turut hadir pada program itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. - Getaran, 19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga