Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MRCB Lancar ‘Ipoh Raya Integrated Park’, Pelopor Industri Hijau Di Perak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 3:14PM

Saarani (tengah) berkata ‘Ipoh Raya Integrated Park’ menandakan detik permulaan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan kawasan perindustrian dan logistik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) hari ini, melancarkan ‘Ipoh Raya Integrated Park’ membabitkan enam fasa pembangunan bersepadu sehenti yang mengutamakan industri hijau, buat julung kali di Perak.

Pembangunan bersepadu sehenti tersebut diilhamkan MRCB dan diterajui bahagian hartanah syarikat tersebut, MRCB Land.

‘Ipoh Raya Integrated Park’ adalah pembangunan berkeluasan 832.38 ekar dibina mengikut kesesuaian lokasi strategik dan mempunyai ciri kelestarian yang kian menjadi tumpuan syarikat multinasional.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya amat mengalu-alukan dan menyokong penuh pembangunan ‘Ipoh Raya Integrated Park’ di negeri itu.

Katanya, dalam usaha memulihkan ekonomi, beberapa teras dikenal pasti untuk diberi fokus utama termasuk penarikan minat pelabur, pewujudan peluang pekerjaan dan peningkatan penggunaan teknologi.

“Kerajaan negeri sedang bekerja rapat dengan berbagai agensi serta sektor swasta bagi mencapai matlamat tersebut dan kini dengan pelancaran projek pembangunan ‘Ipoh Raya Integrated Park’, kami yakin Perak terus maju dan bakal terkenal sebagai hab penting buat pelabur serta syarikat multinasional.

“‘Ipoh Raya Integrated Park’ menandakan detik permulaan kami dalam usaha membangunkan kawasan perindustrian dan logistik, satu segmen pasaran yang dipercayai akan mendapat permintaan tinggi dalam masa terdekat.

“Ini terutama daripada syarikat multinasional yang memerlukan pembangunan besar berlokasi strategik dibangunkan mengikut kesesuaian dan memenuhi keperluan lestari,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek tersebut di Ipoh, Perak, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MRCB Land, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, pembangunan bersepadu sehenti dan usaha sama dengan rakan kongsi strategik juga adalah sejajar dasar syarikat tersebut untuk menyokong organisasi Bumiputera.

Katanya, ia turut menyediakan asas bagi syarikat teknologi baharu mengasah kebolehan dan khidmat ditawarkan mereka.

Saarani berkata, pihaknya amat mengalu-alukan dan menyokong penuh pembangunan ‘Ipoh Raya Integrated Park’ di negeri itu.
Saarani berkata, pihaknya amat mengalu-alukan dan menyokong penuh pembangunan ‘Ipoh Raya Integrated Park’ di negeri itu.

“‘Ipoh Raya Integrated Park’ bakal mempunyai enam fasa pembangunan dengan beberapa ciri utama, termasuk hab perindustrian berasaskan pertanian, hab logistik dan ‘managed park’ 1, 2 dan 3.

“Ia turut dilengkapi kemudahan penginapan, fasiliti latihan kemahiran vokasional dan teknikal. Fasa pertama yang melibatkan pembangunan hab logistik, dijangka siap pada tahun 2028,” katanya.

Pelancaran taman bersepadu tersebut juga menandakan permulaan bagi MRCB untuk menceburi pasaran perindustrian dan logistik dalam langkahnya mempelbagaikan tumpuan syarikat yang selama ini dikaitkan dengan pembangunan komersial bertingkat, selain pembangunan berorientasikan transit.

Pembangunan tersebut terletak 14 kilometer (km) ke selatan Bandaraya Ipoh dan bersebelahan lebuh raya utama negara, iaitu Lebuhraya Utara Selatan serta berhampiran Lebuhraya Timur Barat.

Ia sekali gus menyediakan laluan ke kawasan pasaran dan sumber bahan mentah utama di timur serta barat Semenanjung.

Malah, kedudukannya juga amat strategik apabila menghubungkan hab pengangkutan utama, seperti Stesen Komuter Ipoh dan Batu Gajah, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Pelabuhan Lumut, pusat perumahan serta komersil Simpang Pulai dan Ipoh dalam lingkungan jarak 15 km.

Pada masa sama, pembangunan bersepadu itu berintegrasikan penggunaan infrastruktur yang komprehensif bagi menyediakan suasana kondusif serta inklusif buat tenaga kerja yang bakal mendiami kawasan berkenaan, di mana keperluan perniagaan dan pekerja dapat dipenuhi.

Hakikatnya, pembangunan tersebut akan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan dan dijangka mewujudkan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan baharu di kawasan berkenaan.

Tidak dilupa, lokasinya yang mudah diakses turut menyediakan ekosistem bersepadu yang akan memperkasakan koridor perindustrian di wilayah itu.

Ia juga akan menyediakan persekitaran efisien dan efektif bagi pelabur menjalankan operasi perindustrian serta logistik.

Pembangunan bersepadu sehenti efisien itu akan menggabungkan amalan kelestarian alam sekitar, termasuk struktur diperakui Indeks Bangunan Hijau (GBI), landskap hijau bagi menyediakan suasana harmoni dan moden serta mampu menarik minat syarikat antarabangsa.

Selain itu, pelbagai penyelesaian inovatif termasuk prinsip Industrial 4.0, Internet of Things (IOT) berkebolehan 5G dan sistem kilang pintar akan diterapkan.

Sempena majlis pelancaran projek tersebut, Memorandum Persefahaman (MoU) turut ditandatangani bersama tiga rakan strategik iaitu Aerodyne Group, Hi Wealth Labs Sdn Bhd dan Lorry Online.

Syarikat tersebut akan menjadi pemangkin kemajuan teknologi dan inovasi ‘Ipoh Raya Integrated Park’ mengikut kepakaran masing-masing.

Aerodyne Group dengan ‘Project Reporting Interactive Surveillance and Management (Prism) Solution’ akan menyalurkan kepakaran dalam ketiga-tiga fasa pra-pembinaan, pembinaan dan operasi penyelenggaraan (O&M) bangunan yang sudah siap.

Syarikat tersebut juga menyasarkan untuk menjadikan ‘Ipoh Raya Integrated Park’ sebagai asas pembangunan UAV berteknologi ‘artificial intelligence’ pada masa akan datang.

Ia menawarkan khidmat kepada pelanggan, rakan strategik dan juga rakyat Malaysia di dalam serta luar wilayah utara.

Dalam pada itu, Hi Wealth Labs pula memfokuskan penerokaan penerimaan teknologi ‘blockchain’ di ‘Ipoh Raya Industrial Park’ bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kebolehkesanan penggunaannya serta menambah baik keselamatan rantaian bekalan logistik.

Syarikat itu akan berkongsi pengetahuannya dalam penyelesaian ‘Internet of Things” (IoT) 5G’ dalam pembangunan bersepadu sehenti tersebut.

Lorry Online pula akan berusaha ke arah penyediaan asas dan struktur logistik di ‘Ipoh Raya Integrated Park’ dengan penubuhan pusat logistik Lorry Online di kawasan tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘Ipoh Raya Integrated Park’, sila layari www.ipohrayaintegratedpark.com. - Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 : MRCB Sertai Inisiatif TVET

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Pemegang Taruh Perlu Telus, Kumpulan Minoriti Berhak Tahu Semua Maklumat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

1,000 Petugas MRCB Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket