web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Zaid Letak Jawatan, Awang Adek Pengerusi Baharu SC

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 5:28PM

Datuk Dr Awang Adek Hussin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

Beliau menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang meletak jawatan dan akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.

“Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 November 2018 hingga 30 Mei 2022.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta memastikan kesinambungan pentadbiran SC, Kementerian Kewangan telah melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu,” menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Awang Adek selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]. Beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam.

Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang ekonomi daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Antara pengalaman beliau adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia, bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Pesisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.

Berbekalkan pengalaman yang ada, Kementerian Kewangan yakin Awang Adek mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 tahun yang lalu

Tuduhan Tidak Berasas, SC Buat Laporan Polis

2

Semasa 4 tahun yang lalu

SC Terus Usaha Tingkat Kesedaran Terhadap Penipuan Pelaburan

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Keputusan SC Berhubung Azam Baki Perlu Diterima Semua Pihak - PM

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Azam Baki Teruskan Tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan