web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azam Baki Teruskan Tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 6:56PM

Azam Baki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Azam Baki akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas Suruhanjaya Sekuriti (SC) mendapati tiada kesalahan dilakukan dalam isu pemilikan saham.

Azam berkata, beliau amat bersyukur apabila dimaklumkan oleh SC berhubung keputusan siasatan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, SC mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh beliau.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti bahawa siasatan terhadap perkara itu telah dimuktamadkan.

“Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya (SC) telah menutup fail inkuiri tersebut,” katanya sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan bila keputusan itu dimaklumkan kepadanya.

Berdasarkan keputusan itu, Azam berkata, beliau akan meneruskan menggalas amanah sebagai Ketua Pesuruhjaya agensi pencegah rasuah berkenaan.

“Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat. 

Terdahulu, media melaporkan SC telah menamatkan inkuiri berkaitan dengan akaun dagangan Azam dan berdasarkan keterangan yang dikumpul ia tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa berlakunya pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA.

Azam sebelum ini terpalit dengan isu pemilikan saham lebih RM4 juta dan waran dalam dua syarikat tersenarai, ketika menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Tuduhan itu akhirnya terjawab 5 Januari lalu, apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya mendakwa pemilikan saham berkenaan sebenarnya adalah kepunyaan adiknya, Datuk Nasir Baki yang menggunakan namanya.

Bagaimanapun SC menegaskan, alasan Azam bertentangan dengan Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) yang memperuntukkan semua akaun sekuriti dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama dibenarkan.

Selain itu, Seksyen 29A SICDA menetapkan semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama dibenarkan. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RM177 Juta Disita Siasatan Kes Ismail Sabri, Terbesar 3 Bulan Pertama Tahun Ini - Azam Baki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad