web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SC Terus Usaha Tingkat Kesedaran Terhadap Penipuan Pelaburan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 8:32AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelabur termasuk mendidik mereka mengenai penipuan dalam skim pelaburan.

Pengarah Urusan SC, Foo Lee Mei berkata sepanjang tahun lalu, suruhanjaya itu telah melaksanakan beberapa inisiatif membabitkan aktiviti anti penipuan termasuk menyekat laman web dan akaun Facebook.

Dalam laporan tahunan terbaharunya, SC telah menyekat 143 laman web yang didapati menjalankan aktiviti yang tidak berlesen, penipuan termasuk menyalahgunakan nama dan logo SC pada 2021. Ia juga menerima bantuan dari Facebook Malaysia bagi menghalang akses ke atas 35 akaun Facebook.

“Pendekatan kedua adalah penyiasatan yang disasarkan yang sedang kami buat sekarang melalui pasukan petugas dalaman mengenai penipuan. Kami telah mengesan 45 akaun e-mel dan 22 telah dirujuk untuk penyiasatan anti-pengubahan wang haram,” kata Foo dalam taklimat media secara maya sempena dengan penerbitan Laporan Tahunan SC 2021 hari ini.

Satu lagi aspek adalah program kesedaran pendidikan pelabur suruhanjaya itu yang dijalankan melalui media sosial dan siaran akhbar.

Beliau berkata SC menyaksikan peningkatan jumlah pertanyaan yang diarahkan di jabatan aduannya. Berdasarkan laporan tersebut, jumlah pertanyaan telah meningkat kepada 3,464 pada tahun lepas berbanding 2,193 pada 2020.

Ini mencerminkan bahawa lebih ramai pelabur cuba untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim pelaburan yang mereka sertai, katanya.

“Kami berharap akan ada lebih banyak skeptisisme pelabur, supaya apabila mereka melihat pelaburan yang diiklankan melalui media sosial, mereka tidak terus terjerumus tetapi akan melakukan penilaian terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata pendekatan anti-penipuan pelbagai sasaran telah ditubuhkan selepas menyaksikan peningkatan kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Aduan yang melibatkan skim yang tidak berlesen, misalnya, telah menokok daripada 37 peratus pada 2020 kepada 52 peratus pada 2021,” katanya.

SC menerima 1,857 aduan pada tahun lepas berbanding dengan 1,482 semasa 2020.

Dalam satu kenyataan, SC berkata pasukan petugas rentas divisyen untuk menyiasat penipuan firma klon telah ditubuhkan bagi memerangi kegiatan pelaburan yang tidak berlesen.

Sehingga kini, suruhanjaya itu telah melaksanakan lima tindakan penguatkuasaan dan 473 campur tangan pengawalseliaan selain meletakkan 275 syarikat yang tidak berlesen dan individu dalam senarai amaran pelabur SC.

“Pada 2021, strategi penguatkuasaan adalah dengan menumpukan kepada pencapaian hasil yang lebih bersasar serta berkesan melalui pengenalan pelbagai kaedah penguatkuasaan.

“Menerusi tindakan penguatkuasaan sivil, SC telah mendapatkan pemulangan bagi para pelabur dengan RM2.7 juta dibayar kepada 721 pelabur yang menjadi mangsa, manakala sejumlah 136 sekatan pentadbiran telah diambil terhadap salah laku dan pelanggaran perundangan serta garis panduan sekuriti yang kurang serius,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ponnusamy Larikan Diri, S Murugan Pula Menjadi Mangsa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad