web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ponnusamy Larikan Diri, S Murugan Pula Menjadi Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 8:30PM

S Murugan (kanan) bersama peguam, Datuk Baljit Singh di sidang media berhubung penipuan Skim Kutu Ponnusamy di ibu negara hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  –  Gara-gara terjebak dalam skim kutu yang mendatangkan kerugian ratusan ribu ringgit, seorang ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa fitnah beberapa individu.

Ahli perniagaan terbabit, Datuk S Murugan berkata, ‘ibu kutu’ atau ketua yang sebenar telah melarikan diri bersama wang milik semua peserta.

Menurut Murugan, dia kini menjadi sasaran kemarahan pemain, malah ada kalangan mereka sudah membuat laporan polis terhadapnya.

“Apa yang mereka tidak tahu ialah saya juga mangsa ‘ibu kutu’ itu yang dikenali sebagai Ponnusamy.

“Ponnusamy ada menghubungi saya dan dia mendakwa, tidak mampu untuk memulangkan semula duit kami,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Beliau memberitahu, dirinya mula menjadi sasaran peserta lain selepas Ponnusamy menghilangkan diri bersama wang milik mereka yang berjumlah ratusan ribu.

“Semua peserta ini mendesak saya menggantikan semula duit mereka yang lesap di tangan Ponnusamy.

“Mereka berkata saya perlu bertanggungjawab kerana memperkenalkan Ponnusamy kepada semua pemain kutu itu,” katanya.

Kesal dengan desakan tersebut, Murugan menjelaskan, beliau juga adalah mangsa yang terpedaya dengan taktik licik Ponnusamy.

Dakwanya, ada antara peserta turut menyebarkan cerita palsu melibatkan dirinya dan keluarga.

“Saya terpaksa membuat laporan polis dan juga mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan ini. 

“Dakwa mereka, kutu ini sebenarnya satu pelaburan dan saya bersalah kerana menipu semua peserta,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam mewakili Murugan, Datuk Baljit Singh Sindhu berkata, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi aktiviti kutu yang berpotensi menipu pemain.

Jelasnya, peserta kutu juga boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana aktiviti tersebut menyalahi peraturan ditetapkan.

“Dalam kes ini, terdapat antara 30 hingga 40 orang mangsa Kutu Ponnusamy, dengan kerugian masing-masing mencecah RM120,000  seorang,” katanya.

Jelas Baljit Singh, siasatan terperinci sedang dilakukan pihak polis dan sesiapa yang terlibat digesa memberikan kerjasama penuh.

“Mereka juga diminta agar tidak menyebarkan sebarang fitnah atau memutarbelitkan kenyataan.

“Kutu ini sudah berjalan sejak 2019 lagi, dan apabila mereka gagal mengesan Ponnusamy sejak enam bulan lalu, anak guam saya pula yanv menjadi sasaran,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2023



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Gesa Agensi Berkaitan Ganding Bahu Didik Masyarakat Berkaitan Keselamatan Siber

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi