web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan SC Berhubung Azam Baki Perlu Diterima Semua Pihak - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 8:04AM

Ismail Sabri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) berhubung akaun dagangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki perlu diterima semua pihak.

“SC sudah buat keputusan ... (perkara ini) serah pada SC kerana ia melibatkan pembelian syer. Jadi SC dah buat keputusan dan kenyataan menyatakan tidak ada kes terhadap dia (Azam), jadi kita terima keputusan SC,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media ketika ditanya sama ada Azam akan diminta bercuti sementara menunggu siasatan terhadapnya selesai sepenuhnya, selepas pelancaran program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia oleh beliau di sini malam ini.

SC semalam membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa Azam ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan berkenaan.

“Sehubungan dengan ini, siasatan tersebut adalah berkaitan dengan isu sama ada telah berlaku pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA.

“Seksyen 25(4) menyatakan bahawa suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa,” kata SC dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata siasatan dan keputusan daripada badan profesional seperti SC perlu diterima semua pihak dengan terbuka.

“Jangan kita minta supaya dia (Azam) disiasat dan apabila sudah disiasat, keputusan telah dibuat tapi kita masih tak puas hati.

“Jangan kita fikir kita ikut kehendak kita. Kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tidak boleh ... dia kena terimalah keputusan daripada badan profesional seperti SC. Jadi kalau ada apa-apa nak tanya mengenai keputusan SC, pergi tanya SC,” katanya.

Mengenai desas-desus Pilihan Raya Negeri Johor, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata sebarang keputusan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga tidak menyentuh mengenainya atau membincangkannya.

“Jika Menteri Besar rasa perlu ada pilihan raya, maka beliau akan menghadap Sultan (Johor). Jadi keputusan sepenuhnya bawah bidang kuasa Johor. UMNO serahkan kepada Menteri Besar untuk buat keputusan,” katanya.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad  sebelum ini dilaporkan tidak menolak keperluan bagi mengadakan PRN Johor tetapi pada masa sama mengakui Dewan Undangan Negeri tidak boleh dengan sewenang-wenangnya dibubarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi