web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif 3R MOTAC, MOF Untuk Program Pemulihan Industri Acara Perniagaan - Nancy

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 11:14AM

Nancy Shukri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Kewangan, menerusi Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan melancarkan Inisiatif 3R sebagai program pemulihan bagi industri acara perniagaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata 3R iaitu Reset (set semula), Restart (mula semula) dan Recovery (pemulihan), bertujuan untuk membentuk masa depan industri tersebut dengan mempercepatkan pemulihan secara kolektif.

“Untuk melaraskan semula industri tersebut, delegasi antarabangsa haruslah terus memilih dan menghadiri acara di Malaysia.

Tetapi mereka mestilah mempunyai perlindungan insurans COVID-19 yang mencukupi memandangkan kini ia adalah keperluan perjalanan.

“Justeru, MyCEB akan menawarkan dan menyediakan perlindungan insurans penuh kepada 10,000 delegasi antarabangsa pertama.

“Penerima pertama ialah Simposium Mesin Turbo dan Pam Asia (ATPS) yang akan diadakan Mei ini dengan anggaran 800 delegasi. Ini adalah permulaan yang baik,” katanya selepas menghadiri Hari Persatuan MyCEB di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, semalam.

Beliau berkata menerusi inisiatif itu, MyCEB akan turut menanggung sebahagian kos untuk 10 pemain industri bagi memulakan semula perniagaan mereka dengan menyertai setiap pameran perdagangan seperti IMEX Jerman, ibtmWorld Sepanyol dan IMEX Amerika Syarikat.

“Diharapkan mereka akan meraih peluang perniagaan, kontrak dan seterusnya mendapatkan acara untuk Malaysia,” katanya.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan berasaskan semangat Keluarga Malaysia, Nancy berkata biro tersebut akan turut membantu pemain industri untuk memperoleh kelayakan profesional seperti CMP, CEM dan kelayakan antarabangsa lain yang boleh didapati untuk industri berkenaan.

“MyCEB turut bersetuju untuk membantu syarikat-syarikat mengekalkan keahlian mereka dalam persatuan industri utama seperti MACEOS, AFECA, ICCA, IAPCO dan lain-lain dengan memberi subsidi untuk yuran keahlian,” katanya.

Pada majlis sama, Nancy turut mengumumkan pelancaran MySafe Business Events Planner iaitu perancang digital oleh MyCEB dan Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM), yang diperkenalkan untuk memaklumkan langkah keselamatan dan informasi berkenaan pengurusan COVID-19 oleh pihak kerajaan, bagi membantu dan membimbing pengembara acara perniagaan antarabangsa dan penganjur ketika berada di negara ini.

Majlis tersebut juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyCEB dan Kraftangan Malaysia untuk mengutamakan kraf tempatan sebagai hadiah dan cenderamata kepada delegasi antarabangsa bagi meningkatkan ekonomi luar bandar serta mempromosi warisan Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas