Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


34 Peratus Berhenti Kerja Jika Bertugas Sepenuh Masa Di Pejabat

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 4:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 34 peratus atau satu pertiga daripada pekerja di Asia Tenggara dilaporkan akan mencari pekerjaan baharu, sekiranya dipaksa kembali bertugas sepenuh masa di pejabat.

Peratusan itu diperoleh berdasarkan kajian Trend Pengalaman Pekerja Qualtrics 2022 yang dikeluarkan sebuah syarikat pengurusan, QUALTRICS, semalam.

Kajian itu mendapati sistem cara bekerja hibrid menjadi pilihan pekerja ketika ini, selain mahukan kaedah bekerja yang menyaksikan mereka bertugas tiga hari dari rumah dan dua hari di pejabat.

Menurut kajian berkenaan, pekerja memberi peringatan kepada majikan berhubung keperluan untuk syarikat menyelaras pengalaman pekerja dengan jangkaan bagi mendayakan pasukan, malah mampu menarik serta mengekalkan bakat dalam pasaran kerja kompetitif.

Bagaimanapun, cabaran paling mendesak bagi majikan dalam peralihan kepada sistem hibrid adalah mengutamakan kesejahteraan pekerja pada masa jangka panjang, selain menetapkan garis panduan jelas mengenai cara bekerja.

“Walaupun negara di Asia Tenggara melaporkan tahap kesejahteraan tertinggi di seluruh dunia, terdapat penurunan dalam daya tahan pekerja sepanjang 12 bulan lalu, khususnya di Thailand yang menurun sebanyak 12 peratus.

“Ini menunjukkan tahap kesejahteraan semasa adalah tidak mampan, melainkan majikan memberi tumpuan kepada meningkatkan daya tahan dalam kalangan pasukan mereka,” katanya.

Menurut kajian sama, usaha meningkatkan pengalaman teknologi untuk pekerja dalam persekitaran hibrid harus menjadi tumpuan strategik kepada majikan pada tahun ini.

Kajian syarikat peneraju dan pencipta kategori pengurusan pengalaman itu, berjaya membuktikan hanya 30 peratus responden menyatakan teknologi disediakan memenuhi jangkaan mereka.

“Melabur dalam meningkatkan teknologi di tempat kerja hibrid akan membuahkan hasil dalam banyak cara. Selain membantu mendorong produktiviti, penyelidikan yang menunjukkan pekerja berpuas hati dengan teknologi tersedia berkemungkinan adalah empat kali lebih di tempat kerja.

“Walaupun niat pekerja untuk kekal dengan majikan adalah lebih tinggi di Asia Tenggara berbanding purata global, terdapat penurunan di kebanyakan negara berhubung perkara tersebut, di mana tujuh daripada 10 pekerja di Thailand, Indonesia, Malaysia, dan Filipina tetap dengan pekerjaan mereka tahun ini, berbanding 53 peratus di Singapura,” katanya.

Tambah QUALTRICS, keperluan mewujudkan budaya kekitaan dikenal pasti sebagai pemacu utama bagi majikan dan ingin meningkatkan pengekalan dalam pasaran kerja kompetitif.

Pada masa sama, kajian itu membuktikan majikan perlu memastikan pekerja merasakan matlamat kerjaya mereka dapat dicapai, mengutamakan kesejahteraan dan menyelaraskan individu dengan matlamat strategik syarikat.

“Penyelidikan QUALTRICS mengukuhkan kepentingan mendengar, memahami dan bertindak secara kerap terhadap maklum balas pekerja untuk memastikan keperluan mereka dipenuhi sebagai sebahagian daripada transformasi sedang dijalankan.

“Dengan memahami secara lebih baik mengenai pengalaman pekerja yang lengkap disampaikan daripada teknologi digunakan sehingga memacu pengekalan organisasi dengan cepat dan yakin, bentuk tawaran baharu dapat ditingkatkan sejajar dengan jangkaan pekerja yang berubah,” katanya.

Sementara itu, Pakar Strategi Penyelesaian Pengalaman Pekerja QUALTRICS di India, Lauren Huntington dilaporkan berkata, bagi menginovasi sistem hibrid secara berkesan, perniagaan di Asia Tenggara mesti menerima pakai minda baharu dan menentukan cara mereka bekerja.

Lauren Huntington
Lauren Huntington

“Seperti dilihat dalam penyelidikan QUALTRICS, menangani cabaran dihadapi tidak semudah seperti menetapkan jadual kerja baharu atau meningkatkan penglibatan pekerja.

“Orang ramai mempunyai keperluan berbeza dalam persekitaran kerja hari ini, bermakna keupayaan untuk mengenal pasti dan bertindak balas dengan cepat serta mudah kepada isu yang mempunyai impak besar dengan alatan, seperti QUALTRICS adalah kelebihan ketara,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Puma Lancarkan Koleksi Baru Raya Buat Julung Kali Di Asia Tenggara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Indonesia Digesa Siasat Dalang Serangan Bom Disasarkan Kepada Wartawan JUBI

3

Semasa 1 tahun yang lalu

20 Pejabat Pengeluar Pasport Beroperasi Pada Sabtu, Ahad Mulai 28 Januari

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Tular Di Asia Tenggara, Drama Cinta 'Melur Untuk Firdaus' Raih 11 Juta Penonton

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini