web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keuntungan Bersih Digi Susut Kepada RM1.16 Bilion

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jan 2022 3:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih DiGi.Com Bhd (Digi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 susut kepada RM1.16 bilion berbanding RM1.22 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Pendapatan bagi tahun ini meningkat kepada RM6.34 bilion daripada RM6.15 bilion, kata syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2021, keuntungan bersihnya berjumlah RM304.55 juta berbanding RM280.19 juta, manakala hasil bagi tempoh dalam tinjauan menokok 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada RM1.58 bilion berbanding RM1.56 bilion sebelum ini.

Peningkatan jumlah hasil adalah disebabkan oleh pertumbuhan hasil peranti yang sihat dan momentum positif dalam segmen teras.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DiGi Albern Murty, syarikat itu menyampaikan keutamaannya di tengah-tengah persekitaran perniagaan semasa, dengan fokus kepada peningkatan rangkaian serta pengalaman digital untuk pelanggan dan memacu kecekapan di seluruh operasinya.

“Kami juga komited untuk menyokong usaha bantuan pandemik dan banjir melalui pelbagai inisiatif yang ditumpukan oleh komuniti dan bantuan, selain memastikan pelanggan kami sentiasa berhubung,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Sementara itu, perbelanjaan modal DiGi (CAPEX) berkembang kepada RM291 juta untuk menutup tahun kewangan 2021 dengan sejumlah RM814 juta atau 12.8 peratus daripada jumlah pendapatan, hampir kepada garis panduan 13 hingga 14 peratus.

“DiGi terus melaksanakan disiplin proses peruntukan modal, mengutamakan evolusi jangka panjang yang mantap (LTE) dan liputan rangkaian LTE-A bagi menyokong pelan digitalisasi kebangsaan sambil meningkatkan keupayaan digital kami,” kata Murty. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Penamatan SSA Dengan DNB Peluang Penyertaan Ke Arah Proses 5G Yang Baharu - CelcomDigi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Telco Sambut Baik Langkah Kerajaan Laksana Dwirangkaian 5G

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pembinaan Kabel Dasar Laut Pelaburan Swasta, Tidak Libat Dana Kerajaan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori