web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembinaan Kabel Dasar Laut Pelaburan Swasta, Tidak Libat Dana Kerajaan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 2:11PM

Nie Ching berkata syarikat yang terlibat melihat pembinaan kabel dasar laut berkenaan mempunyai nilai komersial. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembinaan kabel dasar laut di negara ini kebanyakannya tidak melibatkan dana kerajaan, sebaliknya dilakukan oleh pihak swasta menggunakan dana sendiri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata syarikat yang terlibat melihat pembinaan kabel dasar laut berkenaan mempunyai nilai komersial dan atas dasar itu mereka sanggup membinanya tanpa bergantung kepada dana kerajaan.

“Untuk kabel laut sedia ada termasuk yang asas ataupun sistem kabel East-West dari Mersing ke titik terminasi di Kuching oleh Sacofa Sdn. Bhd … itu semua dana mereka sendiri.

“Kecuali daripada TM (Telekom Malaysia Berhad) yang menggunakan dana TM sendiri dan sedikit dana daripada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menerusi USP (Pemberian Perkhidmatan Sejagat),” katanya.

Nie Ching berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Apandi Mohamad berkenaan jumlah kos dikeluarkan kerajaan dalam pemasangan sistem kabel dasar laut, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata dana kerajaan pula digunakan untuk menjaga kawasan pedalaman yang tidak mempunyai nilai komersial dan tiada syarikat telco yang berminat untuk melabur membina menara baharu.

“Untuk itu kita guna dana kerajaan daripada USP untuk membina menara baharu di kawasan itu bagi pastikan seluruh Malaysia boleh dijaga,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini