web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penamatan SSA Dengan DNB Peluang Penyertaan Ke Arah Proses 5G Yang Baharu - CelcomDigi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 8:07PM

CelcomDigi turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa proses itu tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatan 5Gnya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penamatan perjanjian langganan saham (SSA) yang ditandatangani pada November 2022 dengan Digital Nasional Bhd (DNB) seperti yang diumumkan semalam oleh CelcomDigi Bhd akan membuka laluan kepadanya untuk mengambil bahagian dalam sebarang proses baharu termasuk penyertaan ekuiti, bersama industri. 

Pengendali rangkaian mudah alih itu dalam satu kenyataan berkata pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengenai keputusan kerajaan untuk melaksanakan 5G di bawah dua rangkaian sebaik sahaja 80 peratus liputan 5G kawasan berpenduduk (CoPA) telah dicapai oleh DNB semalam amat dialu-alukan. 

"Susulan pengumuman kerajaan pada 3 Mei, CelcomDigi melalui satu kenyataan kepada Bursa Malaysia telah menjelaskan kepada pemegang sahamnya bahawa Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom Mobile Sdn Bhd telah menamatkan SSA masing-masing yang telah dimeterai pada November 2022 dengan DNB, berkuat kuasa 3 Mei 2023.

"Selaras dengan pengumuman kerajaan, proses awal bagi melanggan ekuiti dalam DNB melalui SSA masing-masing menjadi tidak sah," katanya. 

CelcomDigi turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa proses itu tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatan 5Gnya. 

Pelanggan yang kini menggunakan sambungan 5G boleh terus menikmati perkhidmatan itu, berdasarkan tawaran produk yang berterusan.

"CelcomDigi mengalu-alukan peluang untuk memainkan peranan yang lebih aktif  serta langsung dalam pelaksanaan 5G negara, memanfaatkan pengalaman dan sumber, rangkaian 4G terluas sedia ada termasuk rantaian bekalan dan ekosistem rakan kongsi kami untuk menyokong cita-cita 5G kerajaan kerana kami membawa penyelesaian dan penawaran 5G terbaik kepada pengguna dan perniagaan Malaysia," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad