web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganjuran Festival Secara Maya Semarakkan Seni, Budaya Negara- Nancy Shukri

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya komited untuk terus menyemarakkan aktiviti seni dan budaya tempatan menerusi lapan program 'culture based tourism' yang dirancang tahun ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 9:50AM

Gambar: Instagram @mysenibudaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran festival kesenian yang kini diadakan secara maya kerana pandemik COVID-19 tidak harus menjejaskan momentum rasa cinta masyarakat terhadap keunikan seni dan budaya negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. 

Beliau berkata pelbagai medium dan perkembangan teknologi semasa yang ada perlu dijadikan sebagai platform untuk mempromosi dan mempopularkan kesenian tradisional negara ini ke peringkat antarabangsa.

“Ini adalah penting bagi memastikan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan subur dan terus berkembang dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Kesenian Rakyat Kelate @ Online 2021 yang disiarkan secara maya di akaun Facebook rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) hari ini.

Nancy berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya komited untuk terus menyemarakkan aktiviti seni dan budaya tempatan menerusi lapan program 'culture based tourism' yang dirancang sepanjang tahun ini dan Festival Kesenian Rakyat Kelate  @ Online 2021 juga satu daripada lapan program berkenaan. 

Katanya, inisiatif mempromosi program pelancongan berasaskan budaya secara dalam talian adalah pilihan sementara yang ada buat masa ini untuk penggiat seni mengetengahkan produk masing-masing.

Mengulas mengenai Festival Kesenian Rakyat Kelate @ Online 2021, beliau berkata festival yang mengetengahkan pelbagai seni, budaya dan makanan negeri Kelantan itu dimulakan pada 2017 dan pada 2018, festival itu berjaya menarik lebih 38,000 pengunjung serta menjana pulangan RM70,000. 

Nancy berkata pada 2019 pula festival  tersebut berjaya menarik lebih 55,000 pengunjung dengan pulangan lebih RM116,000 sepanjang dua hari penganjurannya.   

Menurutnya, tahun ini festival itu kembali memeriahkan industri seni dan budaya tempatan dengan himpunan keunikan kesenian masyarakat Kelantan menerusi penganjurannya secara maya setelah terhenti pada 2020 kerana pandemik COVID-19. 

Nancy berkata berdasarkan rekod sebelum ini,  lima destinasi popular di Kelantan yang menjadi tumpuan pelancong  ialah Pasar Besar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh, kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor, Dataran Kota Sultan Ismail Petra dan Istana Jahar. 

Katanya, kesemua destinasi itu mempunyai keunikan dan keistimewaan tradisional tersendiri dan mampu menarik pelancong pada masa akan datang. - Bernama

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Semasa 4 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

4

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN