web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rabak Support Group Ikhtiar Projek Rabak Menopang Beban Pandemik

Menyedari peningkatan masalah kesihatan mental yang muncul di kala pandemik, Projek Rabak berikhtiar menyediakan ruang selamat buat mereka yang terkesan secara psikologi.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 11:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai jenis penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung jangkitan wabak COVID-19.

Dengan peningkatan bilangan kes COVID-19, penting untuk kita fahami bagaimana pandemik ini telah memberi kesan kepada psikologi rakyat Malaysia.

Walaupun tujuan sekatan pergerakan tersebut adalah untuk kebaikan semua, ia secara tidak langsung membawa risiko dan boleh memudaratkan lagi keadaan mental seseorang.

Malahan menurut analisis Bernama yang diterbitkan hari ini, kes kemurungan dan bunuh diri juga semakin meningkat hari demi hari.

Menurut statistik kesihatan mental di Malaysia, kesan PKP bukan sahaja pada golongan B40 yang berpendapatan rendah tetapi menembusi semua lapisan masyarakat dari berbagai sudut.

Menyedari keadaan kritikal ini, Projek Rabak terpanggil untuk menyediakan kumpulan sokongan secara dalam talian khusus buat mereka yang terkesan secara psikologi akibat pandemik ini. 


Sesi ini bakal dikendalikan oleh Sefa dan terbuka kepada sesiapa sahaja.  Rabak Support Group menggunakan pelantar Google Meet dan sesi bakal berlangsung selama satu jam setengah bermula hari ini.

“Kami ingin hadir sebagai pendengar agar mereka tidak merasa keseorangan. Ruang ini terbuka kepada sesiapa yang ingin berkongsi tentang apa sahaja tak kiralah tentang masalah mereka, muzik kegemaran dan tiada topik perbincangan khusus. 

“Ia sama seperti sesi melepak bersama kawan-kawan dan bertujuan untuk mereka melepaskan lelah serta beban mereka.  Kami ingin menjadikan ruang ini sebagai ‘safe space’ untuk mereka berkongsi tentang segala masalah yang terbuku di dalam kepala.

“Kami rasa ramai dapat memanfaatkan ruang ini untuk meluahkan perasaan dan tekanan yang disimpan selama permulaan PKP dilaksanakan,” kata Sefa.

Jika anda berminat, Rabak Support Group adakan diadakan pada dua sesi, 3 Julai 2021 dan 10 Julai 2021, bermula jam 9 malam.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, layarilah laman media sosial Projek Rabak di Twitter dan Instagram. – Getaran, 3 Julai 2021

Gambar: Twitter Projek Rabak


 


 

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa