Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Sedekad Rabak: Merobohkan Dinding Konvensional

Tak ada yang konvensional tentang kolektif yang satu ini. Tepuk sorak untuk Projek Rabak, sudah 10 tahun berdiri kukuh!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:50AM

Poster: Redzuandy Ramly

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kolektif artis multidisiplin dari Ipoh, Projek Rabak, tahun ini menyambut ulang tahun ke-10 sebagai bumbung kepada seniman yang karya mereka ‘meruntuhkan kebiasaan’ sejak pertama kali membuka pintu pada 2011. Pengasasnya, Mohd Jayzuan menyatakan, barangkali latar penglibatannya dalam ranah indie rock dan muzik eksperimental secara tak langsung telah membawa elemen-elemen eksperimental yang sama ke dalam Projek Rabak.

“Boleh jadi kerana saya berada dalam lingkungan dan jalur fikiran yang sama (merobohkan dinding konvensional) membuatkan kebanyakan artis Rabak melahirkan karya-karya yang dianggap ‘merosakkan’ atau tak mencapai standard kesenian yang ditetapkan. Kami juga lebih senang untuk berada dalam liga itu, yang tak tertakluk dengan hal-hal peraturan yang terlalu terkawal atau mengikut buku,” jelas beliau, yang lebih senang dengan panggilan Jay.

Mengenai visi dan misi Projek Rabak setelah 10 tahun, Jay juga mengatakan bahawa ia sentiasa berubah. “Visi dan misi sentiasa berubah, yang kekal hanya pegangan kami yang paling utama bahawa Rabak mendahulukan persahabatan dan mengasuh bakat. Kemudian barulah tentang citarasa dalam kesenian dan lain-lain. Rabak lebih selesa dilihat sebagai tempat untuk berteman, walaupun jika anda bukan seniman atau peminat seni. Rabak hanya nak berfoya-foya dan bermain-main, tempat lepak dan belajar, tak terlalu serius tetapi serius,” tambah beliau.

Kedutaan Ipoh di Hiroshima, Jepun. Gambar: Projek Rabak
Kedutaan Ipoh di Hiroshima, Jepun. Gambar: Projek Rabak

Beberapa tahun sejak penubuhan, Projek Rabak telah terlibat dengan banyak program penting seperti festival dan bengkel untuk komuniti kreatif dalam dan luar negara. Antaranya termasuk Ipoh Kreative, salah satu program yang berjaya dimulakan pada tahun 2015, di mana mereka memperkenalkan budaya filem, muzik, sastera, ekonomi, fesyen, kopi, gaya hidup dan budaya pop di tujuh lokasi berbeza sekitar Ipoh selama tujuh hari berturut-turut. “Peranan kami jelas. Dalam apa situasi pun kami akan cuba mendokong apa-apa idea, karya atau seniman yang kami suka dan cuba mengada-wujudkan apa yang tak ada,” ujar Jay mengenai semangat berkolektif.


“Dalam apa-apa situasi, kami akan bergotong-royong. Walaupun nampak Rabak macam lopeh atau slackers, di sebaliknya ada satu disiplin kental. Ramai juga yang cabut, angkat kaki sebab tak tahan kerana mungkin menyangkakan Rabak hanyalah tentang bersenang-lenang. Berkolektif dalam Rabak adalah satu aksi yang intense dan kami tahu yang seni jenis Rabak sudah pasti tak selalu diterima khalayak. Jadinya kita bikin cara bekerja dan ekosistem sendiri, kami tak mengikut lebuhraya atau jalan tar biasa, kami turap lagi satu jalan lain dan melaluinya bersenang-lenang dalam keadaan berlari, berjalan atau merangkak.”

Salah seorang seniman Projek Rabak, Meor Hailree. Gambar: Projek Rabak
Salah seorang seniman Projek Rabak, Meor Hailree. Gambar: Projek Rabak

Projek Rabak sentiasa membuka pintu untuk seniman-seniman berkarya. “Rabak buka pintu kepada semua, cumanya kami lebih tertarik dengan seniman atau karya yang meruntuhkan kebiasaan.” 

Mengimbau semula karya-karya "sasau" oleh seniman Projek Rabak, ada karya yang diharamkan oleh KDN, ada kejadian pecah botol mencetuskan huru-hara di teater jalanan, menghancurkan alatan muzik atas pentas di panggung perdana, ada persembahan-persembahan gerila di khalayak umum. “Dengan Rabak yang bermula dengan kosong sen sehingga mampu berbelanja mewah dan memiliki aset-aset juga boleh dikirakan satu tindakan sasau kot,” tambahnya. 

Dhan Illiani Yusof ketika berpameran di Kedutaan Ipoh, Jakarta. Gambar: Projek Rabak
Dhan Illiani Yusof ketika berpameran di Kedutaan Ipoh, Jakarta. Gambar: Projek Rabak

Pada tahun 2019, Projek Rabak memulakan inisiatif lain bernama Kedutaan Ipoh, sebuah kolaborasi bersama Adam Jalaluddin dari PeacebeUponYou (PBUY), Abdul Hafidz Adam dari CORM dan Gudskul, Indonesia. Gudskul merupakan sekolah kolektif yang mengajar ekosistem seni kontemporari melalui model yang dibina oleh pekerja kreatif yang terlatih. Dengan program khusus seperti Kedutaan Ipoh, para seniman Malaysia berpeluang memperluas pertumbuhan kreatif dan kreativiti mereka dalam ranah seni di Indonesia dan mempromosikan pertukaran budaya antara Malaysia dan Indonesia. 

Mohd Jayzuan di hadapan pintu masuk Kedutaan Ipoh di Gudskul, Jakarta. Gambar: Twitter @mohdjayzuan
Mohd Jayzuan di hadapan pintu masuk Kedutaan Ipoh di Gudskul, Jakarta. Gambar: Twitter @mohdjayzuan

Antara artis yang pernah mengadakan pameran di Kedutaan Ipoh di Jakarta termasuk Dhan Illiani Yusof dengan karyanya Arus Binti yang turut menampilkan seniman dari Jakarta, Jayu Juli pada tahun 2019, selain Amin Morris yang mengadakan pameran seni instalasi bertajuk Rock Kapak Never Dies, sebuah kerja seni homage kepada muzik rock Malaysia pada tahun berikutnya. 

'Rock Kapak Never Dies' oleh Amin Morris, di Kedutaan Ipoh, Gudskul, Jakarta. Gambar: Twitter @kedutaanipoh
'Rock Kapak Never Dies' oleh Amin Morris, di Kedutaan Ipoh, Gudskul, Jakarta. Gambar: Twitter @kedutaanipoh

Tahun lalu, Projek Rabak terus mengorak langkah dengan Kedutaan Ipoh memperluas usaha mereka ke cabang lain di Hiroshima, Jepun yang diasaskan oleh Sefa, salah seorang anggotanya yang terkenal dengan seni mime. Kedua-dua cawangan Kedutaan Ipoh terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan seni dan budaya kolektif. 

Sebagai menyambut ulang tahun ke-10 mereka, Projek Rabak sedang mengusahakan sebuah buku untuk mendokumentasikan pengembaraan dan pengalaman kolektif itu dari tahun 2011 hingga 2021, selain pengumuman pembukaan semula ruang aktiviti Khizanat di lokasi baru. 

Mengenai hal yang perlu diperkemaskan untuk pembukaan semula Khizanat, Jay hanya merespon ringkas, “Pengurusan perniagaan.” Khizanat adalah hab budaya usahasama antara Rabak dan Miker Food, bertujuan memusatkan hal-hal seni, kreatif dan budaya terutamanya seni kontemporari, budaya muda-mudi dan gaya hidup. 

Pembukaan Khizanat di lokasi baru di Ipoh. Gambar: Twitter @khizanat
Pembukaan Khizanat di lokasi baru di Ipoh. Gambar: Twitter @khizanat

Khizanat juga menyediakan ruang studio artis, galeri seni, sinema alternatif, kedai konsep, buku, rekod dan dagangan lain. “Idea dan projek baru sudah tentu. Buat masa sekarang, kami menumpukan pada Khizanat yang akan dijadikan sebagai hab budaya. Jika dulu kami masih memanggil Khizanat sebagai ‘ruang alternatif,’ sekarang tumpuan kami bukan lagi alternatif itu, tapi bagaimana menjadikannya satu tempat sehenti untuk seni budaya.

"Kemudian sudah tentu kami akan cuba mempertahankan kewujudan Kedutaan Ipoh di Jakarta dan Hiroshima. Yang lainnya, macam biasa, terus mencipta, bermain dan bersantai-santai sesuka hatinya,’’ tambah beliau. 

Selain itu, pameran seni virtual Am I Alone menampilkan karya artis-artis dari Malaysia, Indonesia dan Jepun yang dikurasi oleh Ranerrim bersama Projek Rabak telah berlangsung dari 3 Januari hingga 3 Februari 2021. Seniman-seniman Projek Rabak seperti Meor Hailree dan Jack Malik juga sedang mengerjakan album kompilasi Ipoh City Slackers, sebuah kolaborasi bersama Nagarakota yang turut dibarisi Hem, Harmacy dan Lovethee. - Getaran, 7 Februari 2021

Poster untuk pameran virtual 'Am I Alone'. Gambar: Twitter @projekrabak
Poster untuk pameran virtual 'Am I Alone'. Gambar: Twitter @projekrabak

Isu Pada

Dayang Nurfaizah

06 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Ate Kome, Moh Ke Ipoh!

Sorotan

1

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

4

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

5

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

7

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf