web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menyelami Erti Pemilikan Melalui Fotografi

Jika diselami, maksud 'Belong'atau'pemilikan' mempunyai maksud yang dalam. Bagaimana pula jika erti kata ini diekspresikan dalam bentuk fotografi?

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 10:43AM

Gambar: Ihsan Exposure+ Photo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan acara pameran foto KL20x20 tahun lalu, pengelolanya, Exposure+ Photo kini kembali dengan sebuah lagi pameran fotografi dengan tema ‘Belong.’ Pameran ini akan diadakan pada bulan September 2021. Tetapi kerja-kerja pencarian karya dan perancangan sudah dimulakan jauh lebih awal. 

"Tema ‘Belong’ tahun ini mempunyai definisi yang sangat luas dan boleh ditafsirkan secara metafora atau harfiah oleh seseorang. Tahun 2020 benar-benar mengajar kita bagaimana rasanya memiliki dan dimiliki oleh sesuatu,” kata Nadirah Zakariya, pengasas bersama Exposure+ Photo. 

Menurut Nadirah, pihak beliau sedang mencari jurugambar-jurugambar yang bukan sahaja berbakat, malah mampu menginterpretasikan tema ini dengan baik dan penuh kreativiti. 

Penyertaan untuk pameran fotografi ini telah dibuka sejak 16 Januari 2021 lalu dan berlanjutan sehingga 28 Februari 2021. Ia terbuka kepada semua jurugambar yang menetap di Malaysia dan untuk semua peringkat umur, tidak kiralah amatur mahupun profesional, dan tanpa diskriminasi jenis kamera, digital mahupun analog. 

Penyertaan para peserta akan dinilai oleh Nadirah bersama seorang lagi pengasas bersama Exposure+ Photo, Steven Lee, mulai bulan Mac 2021. Mereka berdua bukan calang-calang orang. Karya-karya Nadirah sudah pernah diterbitkan di dalam pelbagai penerbitan antarabangsa seperti majalah VOGUE Italia, The New York Times Magazine dan Bloomberg News. Steven pula seorang mentor fotografi ternama dan kini salah seorang penama untuk program World Press 6X6 Global Talent dan anugerah Leica Oskar Barnack (LOBA).

Acara ini bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah pameran fotografi tetapi ia juga menjadi wadah pementoran kerana para jurugambar yang terpilih akan dibimbing untuk mengembangkan projek yang dicadangkan dengan lebih lanjut. Bimbingan ini adalah dari mula pelaksanaan sehingga penyuntingan akhir bagi persediaan sebelum pameran.

Projek fotografi bertemakan ‘Belong’ ini akan dipamerkan kepada umum selama tiga minggu, dari 9 hingga 26 September 2021 di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, ceramah, panel perbincangan dan bengkel fotografi akan turut diadakan pada masa yang sama.

Canon adalah penaja acara untuk pameran ini. Tetapi para peserta tidak perlu risaukan tentang hak gambar yang dipamerkan. Ia tetap milik jurugambar. Festival ini memberi kelebihan kepada peserta kerana mereka akan dapat menjadi sebahagian daripada komuniti kreatif sambil memperluaskan hubungan networking di dalam industri fotografi.

Jika anda berminat dengan fotografi, kami sarankan anda menjenguk laman web rasmi Exposure+ Photo  untuk maklumat lebih lanjut tentang penyertaan pameran ini. Pengumuman terkini tentang bengkel dan acara fotografi lain boleh didapati di laman sosial mereka. - Getaran, 11 Februari 2021

Gambar: Ihsan Exposure+ Photo
Gambar: Ihsan Exposure+ Photo

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN