Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Meenachi Meninggal Dunia, Melaka Hilang Ikon Dondang Sayang Dan Berpantun

Bukan sahaja ikon dondang sayang dan berpantun, mendiang Meenachi juga bak 'ensiklopedia' tertua berkaitan budaya dan adat bagi masyarakat di Kampung Chetti, Melaka.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 10:25AM

Gambar: Melakahariini.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 "Bakat mak dalam berpantun memang semula jadi, boleh jual beli pantun secara spontan. Sayang, tiada antara kami yang mewarisinya."

Demikian cerita Amuda Pillay, 55, anak kelima mendiang ikon dondang sayang daripada Etnik Chetti di Melaka, G. Meenachi yang meninggal dunia malam semalam pada usia 91 tahun.

Jelas Amuda, ibunya yang lebih dikenali dengan panggilan Aunty Meenachi itu, hingga akhir hayatnya masih hebat berpantun, malah bijak menyesuaikan persembahan pantun dengan penonton yang hadir.

"Beberapa bulan lepas, mak ada masuk hospital. Masa itupun pantang ada yang menjual pantun, dia masih mampu membelinya dengan baik," katanya yang ditemui pemberita di Kampung Chetti di sini hari ini.

Berkongsi cerita, Amuda berkata ibunya yang mewarisi bakat itu daripada keluarganya, didedahkan kepada seni pantun dan dondang sayang pada usia 10 tahun.

"Ibunya merupakan pemain rebana dan bapanya adalah pemain muzik dan minat yang diasah itu telah meningkatkan kemahiran mak dalam berpantun sehinggalah pernah mendapat bimbingan daripada penggiat dondang sayang terdahulu, Baba Kim Teck,” katanya.

Menurut Amuda, mendiang juga pernah beberapa kali menerima sumbangan daripada kerajaan negeri serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka atas jasa dan pengorbanan memartabatkan kesenian pantun, antaranya sumbangan Penggiat Seni Dondang Sayang bersempena Panggung Seni Tradisional Cak Kun Cak pada 2019.

Bercerita lanjut, Amuda berkata ibunya yang dilahirkan pada 4 Jan 1930 dan amat fasih berbahasa Melayu itu juga bagaikan 'ensiklopedia' tertua berkaitan budaya dan adat bagi masyarakat di Kampung Chetti.

"Kalau hal mengenai kerja kahwin, kematian, kelahiran atau apa saja berkaitan adat Chetti, mereka akan merujuk kepada mak bagaimana hendak melakukannya.

“Malah mak sendiri sangat menjaga penampilannya yang dapat dilihat daripada cara dia bersanggul, berkain batik serta pemilihan baju yang hendak digayakan dan ia menjadi contoh pada yang lain," katanya.

Mengulas mengenai pengebumian mendiang, Amuda menjelaskan keluarganya masih menanti kebenaran daripada pihak hospital.

"Masih ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan. Bagi pengebumian mengikut adat Hindu, upacara pembakaran perlu diadakan antara 1 tengah hari hingga 3 petang ini. Bagaimanapun jika tidak sempat, kita akan lakukan esok selepas minta nasihat daripada pihak kuil," katanya.

Mendiang disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada 7.18 malam semalam akibat sakit tua. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Coldplay Bermain Pantun, Satu Stadium Kecoh

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Presiden FDAM ‘Mat London’ Meninggal Dunia

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Anwar Zahir Rasa Sedih Pemergian Dr Razali Nawawi

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Adakah Mereka Baca Dan Mendapatkan Fakta Yang Betul Atau Tidak Faham Inggeris? – Datuk Chef Wan 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar