web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Adakah Mereka Baca Dan Mendapatkan Fakta Yang Betul Atau Tidak Faham Inggeris? – Datuk Chef Wan 

Dek kandungan hantaran selebriti Chef Wan yang dianggap mengelirukan pada malam tadi, ada pihak tertentu beranggapan bahawa ibunda tercintanya, Mak Ani sudah pun meninggal dunia. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 1:01PM

Chef Wan dan ibunya - Gambar Instagram Chef Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dek kandungan hantaran selebriti Chef Wan yang dianggap mengelirukan pada malam tadi, ada pihak tertentu  beranggapan bahawa ibunda tercintanya, Mak Ani  sudah pun meninggal dunia. 

Bahkan, kandungan hantaran Chef Wan juga turut disalahertikan dua media digital yang serta-merta memuatnaik laporan  berita tentang pemergian ibu Chef Wan. 

Bengang dan geram dengan kedua-dua laporan berita tersebut, Chef Wan telah memuatnaiknya di dalam media sosial Instagram miliknya dengan kapsyen:  “Adakah mereka baca dan mendapatkan fakta yang betul atau tidak faham Inggeris? 

Hantaran Chef tentang kedua-dua laporan media digital itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. 

Rata-rata mereka memberitahu bahawa tiada mengelirukan langsung tentang kenyataan Daruk Chef Wan apabila beliau menyatakan tentang pengurusan jenazah Mak Ani. 

Namun, seorang pengguna media sosial @syitah_zakaria menulis: DCW, pembaca keliru apabila anda menyebut tentang pengurusan jenazah di Cyberjaya. Saya membacanya berkali-kali dan juga memeriksa gambar Mak Ani untuk mengesahkan kondisinya. Semoga Allah SWT merahmati keluarga anda. 

Tangkapan layar Instagram Chef Wan
Tangkapan layar Instagram Chef Wan

Pengguna bernama @aeinenthique pula membalas: "Semua urusan pengebumian telah dibuat apabila tiba masanya," bahagian mana yang  mengelirukan? Ia begitu jelas dinyatakan.....! Duhh.

Malam tadi, selebriti Chef Wan telah memuat naik sebuah hantaran tentang bacaan surah Yasin yang dibuat kepada ibunya, Mak Ani yang masih lagi terlantar di hospital. Bacaan surah Yasin itu turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. 

Chef Wan berbuat demikian kerana mahu memberikan persiapan kepada Mak Ani untuk pergi dengan tenang, jika ajalnya sudah sampai. 

“Alhamdulillah, keadaan dia nampak tenang.  Cuma saya pasang ayat-ayat Al-Quran dari masa ke semasa mengajar emak untuk mengucap,” kata Chef Wan. 

Mengikut beberapa hantaran Chef Wan sebelum ini, jangka hayat Mak Ani tidak lama dan hanya tinggal sedikit masa lagi. 

Jadi, Chef Wan telah mendapatkan sebuah bilik suite yang privasi untuk Mak Ani di Hospital Gleneagles. Chef Wan mahukan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk mendapatkan momen yang privasi dengan Mak Ani. 

Dalam hantaran terkini itu juga, Chef Wan telah memaklumkan bahawa dia dan keluarganya telah pun berbincang untuk tentang pengurusan jenazah ibunya. Mereka sebulat suara memilih untuk mengebumikan jenazahnya di Cyberjaya nanti dan bukannya di kampung halamannya di Sungai Koyan. 

Namun, hantaran itu dianggap mengelirukan oleh segelintir netizen yang mengakui mereka memang tidak begitu faham atau cekap bahasa Inggeris. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Salah Tukaran Ringgit-Dolar AS, Google Malaysia Mohon Maaf

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...

Filem & TV 13 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...