web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Levi’s Music Project Kongsi Ilmu Buat Para Seniman Baru

Fasa kedua 'Levi’s Music Project' bakal memberikan tumpuan yang lebih menjurus kepada persiapan dan permulaan untuk menceburi industri muzik tempatan.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Levi’s Music Project’ akhirnya menjejak kaki di Malaysia setelah meraih kejayaan di peringkat antarabangsa. Projek muzik ini pernah menampilkan artis-artis ternama dalam dunia hiburan seperti Alicia Keys, Justin Timberlake, Vince Staples dan SZA untuk berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada para peserta.

Sejak pelancarannya lima tahun lalu, ia telah membekalkan para peserta dengan ilmu yang membolehkan mereka melangkah lebih jauh dalam arena muzik. Projek ini sentiasa menggalakkan para penggiat seni untuk tampil dengan identiti sendiri dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu, ia juga membuktikan bahawa muzik menjadi bahasa yang boleh dikongsi untuk menghubungkan orang daripada pelbagai latar belakang. 

Elemen Levi's yang kini disulam di dalam muzik telah membuat jenama ini berhasrat untuk menyumbang kepada industri muzik tempatan. Oleh itu, Levi’s ingin memberi peluang kepada para seniman yang baru bermula khasnya untuk mendalami ilmu seni yang tidak ternilai. Seterusnya, membantu menyediakan platform bagi mereka yang ingin melebarkan sayap di dunia hiburan.

Projek muzik ini bakal dijalankan dalam tiga fasa. Untuk pengetahuan semua, fasa pertama telah dijuarai oleh kumpulan indie rock, Margasatwa yang telah memenangi geran sebanyak RM20,000 untuk penggambaran video muzik bagi single mereka berjudul ‘Yang Asli’.

Kini projek ini sudah memasuki fasa kedua dimana ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran teknik serta ilmu buat empat peserta yang telah mara ke pusingan akhir. Ini termasuklah kumpulan Margasatwa, Alien Lipstick Fire, penyanyi rap, Dato’ MAW dan penyanyi kelahiran Sabah, Mayabayu. 

Fasa pertama telah mendedahkan para peserta tentang unsur kreatif dalam pembikinan muzik dengan bimbingan daripada dua veteran terkenal dalam industri iaitu, Jennifer Thompson dan Old Head Jin. 

Justeru itu, fasa kedua bakal memberikan tumpuan yang lebih menjurus kepada senario industri muzik sendiri. Menerusi bengkel-bengkel yang disediakan, para peserta dapat menambah baik diri sebagai artis malah menyemarakkan lagi semangat untuk terus berkarya.

Setiap bengkel mempunyai beberapa sesi yang berbeza dan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu ‘Collab is Fab’, ‘Connection Without Borders’ dan ‘Content is King’ yang memainkan peranan tersendiri. Ia termasuklah perkongsian daripada tetamu jemputan dan penggiat seni tersohor tanah air yang merangkumi pelbagai cabang seni berbeza seperti Dato’ Sheila Majid, Brian Raqeem, Kim Lim, Roy Idris, Joe Saiful dan lain-lain.

Tambahan pula, Dato’ Sheila Majid yang telah melancarkan projek fasa kedua ini pada hari Sabtu lepas, menasihati para peserta agar membuat persediaan secukupnya untuk projek ini dan mengambil berat mengenai apa yang bakal dipelajari.

“Nasihat saya buat para seniman adalah anda haruslah membuat sedikit kajian  sebelum melakukan apa-apa kolaborasi dengan mana-mana jenama. Kita harus mempercayai jenama itu dan ia mestilah selaras dengan imej dan gaya hidup kita sebagai seorang individu. Ini kerana, jika kita tidak mempercayainya, ia akan menjadi satu beban buat kita bercakap dan mempromosi tentangnya”, jelas Dato’ Sheila Majid.

Ini adalah untuk memberi perspektif yang lebih besar mengenai dunia hiburan, pemasaran muzik melalui landasan digital dan betapa pentingnya menjalin hubungan antara satu sama lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek muzik anjuran Levi’s ini, anda boleh melayari laman web mereka dan laman sosial media mereka di Twitter dan Instagram. - Getaran, 3 Jun 2021

Semua gambar: Levis Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN